Kajian Membuktikan Cili Bukan Penyebab Sakit Di Perut Tapi Boleh Memanjangkan Umur Manusia
Kebanyakan masyarakat masih menganggap pengambilan cili boleh mengganggu kesihatan perut dan menyebabkan uls3r perut dan buasir.
Buktinya kaji selidik yang dilakukan kesihatan Public Health Malaysia (PHM) mendapati majoriti responden (79 peratus) berpendapat makanan pedas memudaratkan, manakala hanya 21 peratus sahaja yang memilih cili sebagai sayuran yang baik.
Hakikatnya, cili mengandungi ‘capsaicin’ yang mempunyai banyak kebaikan, antaranya meningkatkan metabolisme, mengurangkan ketagihan gula, mengurangkan keradangan dan memanjangkan jangka hayat.
Malah khasiatnya yang bersifat pelindung tidak menyebabkan luka di perut.
“Capsaicin boleh menyekat rembesan as1d, merang sang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran da rah dalam perut. Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka,” catat PHM.
Katanya cili juga tidak mempunyai kesan kepada masalah buasir, namun pesakit yang mempunyai lvka di dvbur perlu berhati-hati kerana makanan pedas boleh menyebabkan lvka menjadi pedih.
Namun pengambilan berlebihan, sama seperti mana-mana makanan, akan menyebabkan masalah penghadaman seperti makanan tidak hadam dan sakit perut.
“Walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan, jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak.
“Khasiat cili ini tidak termasuk produk makanan yang telah diproses seperti sos cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam,” tambah PHM.
Leave a Reply