Suami Buatlah Perkara Ini Kalau Nampak Isteri Tengah Naik Marah, Tengah Membebel, Tengah Merapu.

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Suami Buatlah Perkara Ini Kalau Nampak Isteri Tengah Naik Marah, Tengah Membebel, Tengah Merapu.

Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin. Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-ii lagi, jangan marah dia semula.

Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. P3luk dia kuat-ii Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan pe luk.

Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.

Kalau ada orang pe luk dia waktu ni. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu. Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu. Dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.

Pelvkan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.

Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-ii dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.

Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.

Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.

Sumber: Dari Isteri Untuk Suami Tercinta

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*