Besar Mana Pun Gaji Kita, Hulurlah Wang Kepada Mak Ayah Walau Sikit, Kesannya Rezeki Melimpah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Besar Mana Pun Gaji Kita, Hulurlah Wang Kepada Mak Ayah Walau Sikit, Kesannya Rezeki Melimpah

Sebagai seorang anak janganlah sesekali merasa terbeban untuk memberikan wang kepada ibu bapa walaupun sedikit. Ada yang memberi alasan gaji tidak cukup, sara hidup yang tinggi dan komitmen yang banyak menyebabkan mereka tidak dapat memberi wang bulanan kepada ibu bapa.

Namun tahukah anda, walaupun sedikit jumlah yang diberi amat memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita? Walaupun ada ibu bapa yang menolak kerana mempunyai wang sendiri, tetaplah memberi kerana keberkatannya ada dalam setiap rezeki anak-anak.

Perkongsian pengalaman oleh Ustaz Khailil Razak ini diharap dapat dijadikan peringatan oleh semua. Rebutlah peluang ini selama mana ibu dan ayah masih ada. Semoga kita bersama-sama mendapat berkat dalam hidup dengan redha kedua orang tua.

KENAPA REZEKI MAKIN BERTAMBAH DAN HIDUP TAK SUS@H.. WAJIB BACA.

Saya pernah tak bagi duit kat ayah saya dulu walaupun saya dah mula berniaga.. Saya rasa nak bagi rm100 rasa macam berkira sangat.. Di ukm saya berniaga income dapat dalam purata RM3k sebulan..

Macam2 business saya buat.. Saya rasa banyak sangat dapat.. Tapi duit tu rasa macam habis macam tu je.. Saya rasa macam ada benda tak kena..

Satu hari abg saya no 4 tanya saya.. “Mung niage doh ni buwi dop duit ke ayoh.. Jangang wak lupe tu.. Anok laki wajib buwi nafkah pada mok ayoh.. Dop berkat kekgi..”

Saya fikir saya belajar lagi.. Tak kan nak bagi kat ayah dah… Saya terus termenung.. Tepuk dahi saya.. Allah… Apa aku buat ni.. Sampai ayah pun aku lupa nak bagi dia…

Ada juga yang rasa.. Owh.. Ayah mak saya dah tak perlu.. Duit deorang pun dah banyak.. Pencen ada.. Tak sebenarnya.. Kita bagi bukan sebab duit tu.. Tapi sebab kita nak kan keberkatan… duit banyak2 tak guna kalau tak ada keberkatan.. allahu..

Saya terus minta nombor akaun ayah saya pada abang saya terus masukan duit RM300.. Ingat lagi kali pertama bagi kat ayah…. Allahu… Saya mula rasa lain.. Duit rasa macam ada je.. Tak habis2..malah bertambah.. Boleh belanja kawan2.. Boleh bantu kawan2 yang sus@h.. Sejak daripada tu.. Saya tak pernah miss masukkan duit setiap bulan..

Sekarang saya dah makin tak berkira dengan ayah.. Ayah nak apa je insyaALLAH saya akan penuhi.. Pernah tahun lepas ayah ngadu moto elektrik ayah dah nak r0sak.. Dah selalu habis bateri.. Saya dengar terus saya balik kampung terus belikan ayah moto elektrik baru RM2800..

Tetap tak sama dengan nilai ayah belikan saya kereta mainan harga Rm30 dulu masa saya kecik.. Sebab ayah dulu nak dapat rm30 dengan penuh tang1san dan air mata…yaAllah.. Sejak tak berkira dengan ayah.. Bulan2 pun dah ribu.. Makin banyak bagi kat ayah makin melimpah ruah rezeki Allah bagi..

Dari situ saya mula belajar.. Kecik mana pun pendapatan kita.. Bagi duit kat mak ayah satu punca rezeki yang paling mudah nak tarik daripada khazanah Allah.. Ramai anak muda hari ni ambil mudah dengan nafkah pada mak ayah.. Kalau kita tak bagi duit kita kat mereka.. Duit tu pasti juga akan habis ke tempat lain.. Allahu….

Ya Allah kau panjang kanlah umur ayah saya dan kami semua agar kami dapat khidmat lagi pada nya dengan sebaiknya.. YaAllah.. Kau dah panggil mak saya ketika saya masih belum sempat khidmat padanya.. Janganlah kau panggil ayah saya lagi.. Saya masih belum puas khidmat ayah saya..tolong ya Allah.. Huhuk.. Amin.

Nota kaki : Bila mula rasa berkira dengan mak ayah.. tunggu lah kesus@han yang akan dilalui.. Boleh share dan tag pada rakan2 adik beradik suami isteri kita..

Pakar Remaja,

Sumber: Ust Tido

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*