Inilah Gambar Makam Puteri Kesayangan Nabi Siti Fatimah Az-Aahra Binti Muhammad SAW

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Inilah Gambar Makam Puteri Kesayangan Nabi Siti Fatimah Az-Aahra Binti Muhammad SAW

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. ke rumah anaknya (Fatimah az-Zahra), Rasulullah mendapati bahawa Fatimah sedang duduk dan mengisar padahal beliau sedang men4ngis. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, Dan apa yang menyebabkan engkau men4ngis wahai Fatimah, Allah tidak memberi mata kepadamu untuk men4ngis (selain kepada Nya). (Riwayat dari Abu Hurairah r.a.)

Maka Fatimah menjawab, Hai bapaku, daripada kekuasaanmu maka engkau mintakan kepada Imam Abu Al-Hasan (Saidina Ali r.a.) untuk memberiku seorang h4mba supaya dapat membantuku untuk mengisar gandum dan pekerjaan rumah.

Tatkala mendengar bicara Fatimah, Rasulullah s.a.w. mengambil batu pengisar, dengan lafaz basmalah maka ia berpusing dengan sendirinya dengan izin Allah. Maka Rasulullah meletakkan gandum dengan tangannya dan berpusinglah batu pengisar itu dengan sendirinya dan tasbih keatas Allah beberapa kali hingga selesai mengisar.

Maka, Rasulullah s.a.w. bersabda: Berhentilah wahai batu pengisar dengan izin Allah. Maka ia berhenti dan berkata kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, demi Tuhan yang membangkitkan engkau dengan sebenar Nabi dan Rasul, jika engkau menyuruh aku untuk mengisar gandum Masyriq dan Maghrib, nescaya aku akan mengisar semuanya dan bahawasanya aku mendengar di dalam kitabullah:

Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari n3raka yang bermula kayu apinya adalah manusia dan batu. [At-Tahrim : 6]. Maka aku takut ya Rasulullah jikalau aku adalah batu yang akan masuk ke dalam n3raka. Maka Rasulullah bersabda: Sukakah kamu sekiranya engkau menjadi batu daripada mahligai Fatimah di dalam syurga? Maka batu pengisar itu pun suka dan diam.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepada puterinya, Jikalau Allah mahu wahai Fatimah, maka batu raha (pengisar) itu bergerak dengan sendiri tetapi Allah mahu engkau berbuat kebaikan dan ingin mengkifarahkan engkau dari kej4hatan dan diangkat ia bagi engkau beberapa darjat.

Hai Fatimah, wanita yang mengisar (menyediakan makan) bagi suami dan anaknya melainkan disuruh Allah baginya tiap-tiap biji gandum itu kebajikan dan dijauhkan daripadanya kej4hatan dan diangkatkan baginya darjat. Hai Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar untuk suaminya melainkan dijadikan Allah jarak antaranya dengan n3raka adalah 7 kota.

PERJALANAN MENUJU KEABADIAN

Di akhir hayat Rasulullah, Ummul Mukminin Aisyah menuturkan, “Kami isteri-isteri baginda berkumpul hampir dengan Rasulullah . Baginda tidak mendekati salah seorang di antara kami,kecuali apabila melihat kehadiran Fatimah yang gaya jalannya sangat mirip dengan gaya jalan Rasulullah.

Baginda menyambut kehadiran puterinya lalu mendudukkannya sangat hampir di sisi dirinya. Kemudian, baginda membisikkan perkataan yang mampu membuatkan Fatimah menangis, dan bisikan kedua pula menyebabkan Fatimah tersenyum. Kami hanya mengetahui perkataan tersebut setelah Rasulullah wafat.

Fatimah berkata, “Pada kali pertama, baginda memberitahukan kepadaku bahawa biasanya Jibril memperlihatkan Al-Quran sekali dalam setahun. Sementara pada tahun ini, dia memperlihatkannya dua kali. Baginda kemudiannya bersabda,” Aku tidak mengertikan yang demikian melainkan petanda 4jal baginda kian hampir.

Maka bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik orang-orang yang lebih dahulu berlalu bagimu adalah aku”. Maka aku (Fatimah) pun menangis. Ketika melihat kesedihanku, maka baginda bersabda,

“Apakah engkau tidak redha sekiranya engkau menjadi pemimpin para wanita alam semesta atau para pemimpin wanita umat ini”. Maka, aku pun tersenyum.”

Sepeninggalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kesihatan Fatimah semakin mer0sot kerana ditim pa penyakit dan lantaran kesedihan yang sangat mendalam. Beliau akhirnya meningg4l dunia pada malam selasa, tiga hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan pada tahun 11 Hijrah. Ketika itu, beliau baru berusia 29 tahun. Maka, benarlah apa yang pernah disebutkan oleh Rasulullah, bahawa beliau adalah orang yang pertama sekali dari keluarga baginda yang akan menyusuli pemergiannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*