4 Syarat Dan Amalan Seorang Wanita Mudah Masuk Syurga
Kaum wanita mudah masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke ner4ka. Apakah sebab seseorang wanita itu sangat senang melangkahkan ke alam syurga dan ner4ka? Sebenarnya, seorang wanita sememang sangat mudah masuk syurga berbanding lelaki kerana sekiranya seseorang wanita betul-betul faham tentang hukum hakam pasti peluang ke syurga firdausi semudah ABC.
Seorang wanita adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan dan sangat mulia di sisi Allah SWT walaupun pada dasarnya kaum perempuan adalah paling ramai yang menjadi penghuni ner4ka.
Tapi, apakah syarat, sebab dan amalan wanita mudah masuk syurga? Adakah hanya dengan solat dan taat pada suami? Ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi yang mendedahkan rahsia ini.
4 Amalan Wanita Mudah Masuk Syurga
“Eh, jadi lelaki untunglah! Kami ini perempuan susah. Banyak benda tak boleh buat.”
Para ibu, kakak-kakak, adik-adik dan saudari yang disayangi Allah. Tenang. Sabar. Banyakkan istighfar. Jangan diucapkan perkataan begitu. Seolah-olah tak dapat terima hakikat kejadian pula.
Sedangkan, kalian para wanita sangat beruntung tau. Ada keistimewaannya. Sebab mudah jalannya menuju ke Syurga. Mudah berbanding lelaki yang hidupnya penuh tanggungjawab tersangkut di bahu.
Ya, walaupun mudah jalannya ke Syurga namun ramai pula di neraka jika salah jalannya. Nauzubillahi minzalik. Jadi, bagaimana dan apa jalan mudah ke Syurga itu? Marilah baca.
Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad]
1. Mendirikan solat lima waktu
Alhamdulillah, saya percaya semua yang baca ini InsyaAllah konsisten solat lima waktu kecuali uzur syar’ie. Teruskan istiqamah. Ini yang Allah SWT akan soal. Tentang solat kita, dirikan atau tak, sempurna atau tak. Semuanya akan dihisab.
Rumahtangga yang penghuninya tidak pernah bersolat, percayalah itulah punca hadirnya kemurkaan Allah SWT, hilangnya barakah dan bahagia lalu munculnya keretakkan.
2. Berpuasa bulan Ramadan
Ini juga saya percaya, ramai wanita melaksanakannya kecuali ketika waktu uzur syar’ie sahaja. Namun, ia tetaplah perlu diganti ok.
Bagitahu pasa ngan atau ahli keluarga terdekat berapa hari tinggal puasa. Penting untuk sama-sama beringat qada’ balik nanti.
3. Menjaga harga diri
Bermakna si isteri itu berusaha menjaga marvah diri, tentang auratnya, tentang kema luannya agar tidak berlaku cu rang (berz1na) dengan lelaki lain. Tak kiralah di depan atau di belakang suami. Jaga-jagalah maruah diri sungguh-sungguh.
Ini juga punca kenapa ramai wanita di ner4ka. Selalu sangat pesan tentang aurat, tentang marvah diri bukan sebab apa. Sebab tak nak ramai adik-beradik perempuan, saudari seIslam tergolong dalam golongan begitu, sedangkan jalan ke Syurga itu mudah bagi kalian.
4. Mentaati perintah suami selagi mana tidak menderhakai Allah
Bermaksud, apabila isteri tadi taat pada suami yang juga mentaati perintah Allah SWT (bukan perkara yang mak siat atau mendatangkan murka Allah) lalu hormati dia, tak bercakap lebih kurang, tak merendah-rendahkan suami, tak meninggikan suara lebih dari suami atau mengungkit-ngungkit hingga hati suami sakit.
Ini banyak sangat berlaku. Dan saya percaya kalian mampu untuk mengelak dan berusaha jadi baik serta solehah. Yang dah banyak buat silap dengan suami, pergilah minta maaf padanya. Jangan ditangguh-tangguh lagi.
Bagi wanita bujang, menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dalam kitab beliau, Fatawa Mu’asarah, wajib untuk wanita mentaati ibu bapanya tetapi kewajipan itu beralih setelah seseorang wanita itu berkahwin.
Jadi begitulah empat perkara yang memudahkan wanita masuk Syurga. Buat keempat-empat ini, dipersilakan masuklah ke Syurga melalui mana-mana pintunya kelak. Subhanallah!
Jika ditambah amalan lain, saat susahnya mengandung, melahirkan, menyusu, membesarkan anak dan bermacam lagi. MasyaAllah Tabarakallah sudah tentu Allah SWT mengurniakan Syurga terindah.
Bahkan kerana kaum hawa jugalah, boleh memudahkan para suami dan ayah untuk sama-sama ke Syurga. Juga mudah terjun ke neraka. Nauzubillahi minzalik.
Jadi, marilah sama-sama kongsikan tulisan ini agar lebih ramai kaum hawa dapat ambil manfaat dan guideline dalam kehidupan akhir zaman ini. Boleh share ke serata ceruk alam.
Semoga perkongsian tentang amalan seorang wanita mudah masuk syurga dari Ustaz Farid Rashidi ini akan menambahkan pengetahuan anda untuk menjadi seorang wanita yang solehah dan yang lebih baik lagi.
Leave a Reply