Alirkan Air Paip Pada Dinding Dahulu Ketika Masuk Bilik Air Ada Sebabnya

Alirkan Air Paip Pada Dinding Dahulu Ketika Masuk Bilik Air Ada Sebabnya

Kebersihan dan suci diri daripada n4jis merupakan antara syarat sah solat. Namun mungkin ada yang terlepas pandang dengan antara adab ketika berada didalam tandas, iaitu kepentingan mengalirkan air paip pada dinding tandas. Ia bagi mengelak percikan najis dibawa bersama ketika keluar tandas.

Untuk ketahui lebih lanjut perkara ini, boleh fahamkan perkongsian daripada Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar sebagai rujukan kita bersama.

Di antara adab masuk tandas yang saya belajar dengan guru saya suatu masa dahulu, dan belum dapat lagi di tempat lain. Selain daripada melangkah masuk dengan kaki kiri, lipat seluar, beralas kaki (memakai selipar khas tandas).

Alirkan air paip pada dinding tandas

Adab yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat.

Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar.

Sebahagian Thoharah. Ini penting dan sebahagian daripada thoharah. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air.

Sama ada dengan cara berdiri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono. Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air najis yang kita tidak nampak (n4jis hukmi).

Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, automatik air tersebut akan membawa sekali n4jis-n4jis hukmi pada dinding dan lantai tandas.

Sebelum keluar tandas ulang semula

Kemudian, selepas kita selesaikan hajat kita, sebelum keluar, ulang semula perbuatan mengalirkan air pada dinding dan lantai tandas.

Dan jangan lupa, bilas kaki sebelum melangkah keluar daripada tandas. Sebab kita tidak mahu najis-najis yang ada dalam tandas itu kita bawa keluar.

Lebih-lebih tandas rumah atau tandas masjid. Kalau kita terbawa keluar n4jis tandas ke dalam rumah dan dalam masjid, bimbang. Seluruh lantai rumah atau masjid akan jadi n4jis, n4jis, n4jis di mana saja kita jejak. Akibatnya, sembahyang kita dan umat Islam yang lain tidak sah. Bila sembahyang umat Islam tidak sah, ibaratnya umat Islam tidak sembahyang.

Bila umat Islam tidak sembahyang, bantuan Allah tidak datang. Umat Islam akan terus terh1na di mana-mana. Mari ambil perhatian. Wallahu a’lam..

sumber: Iqbal Hamzi Md Anuar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*