Ini Faktor Lelaki Selalu Buat Perangai, Selepas Perkahwinan Mulai Stabil.
Pasti ramai wanita yang tertanya-tanya kenapa lelaki selalu buat perangai selepas perkahwinan melepasi tempoh-tempoh tertentu dan mulai stabil. Meskipun tak semua lelaki begitu, tetapi kalau perasan banyak kes yang kita lihat, bila waktu susah bersama-sama isteri, bila dah mulai senang mulalah suami buat perangai, cari perempuan lain tinggalkan isteri yang dah bersusah payah dengannya sejak dari dulu.
Hah sebenarnya, memang ada sebab tersendiri kenapa lelaki berperangai begini. Perkongsian pendapat suami kepada Puan Nur Liyana Mohd Nazli mungkin ada benarnya.
Berikut merupakan antara perkongsian dari suami beliau yang mungkin menjawab persoalan para isteri-isteri selama ini.
“Abang, kenapa orang lelaki selalu buat perangai selepas melepasi satu-satu tempoh perkahwinan?”Berkerut dahi suami yang sedang memandu mendengar soalan ‘random’ isteri.“Maksud?”
“Banyak kes selepas 10-20 tahun kahwin, lelaki mula pandang perempuan lain. Mula terfikir mahu poligami. Bukankah makin lama kahwin sepatutnya makin sayang? Sebab dah banyak perkara dilalui bersama, susah dan senang. Kenapa bila hidup dah stabil, anak-anak dah makin besar, suami mula buat perangai? Kan bagus kalau hidup dah senang, akhirnya dapat lebih banyak masa untuk diluangkan berdua saja. Dan lebih banyak masa untuk lunaskan tanggungjawab-tanggungjawab pada orang lain di sekeliling kita?
Kenapa perlu cari masalah baru dengan orang ketiga dalam rumah tangga?” Suami senyum. Sambil tumpuannya terus atas pemanduan. Ini isu yang sangat delicate, barangkali. Jawapan perlu disusun sebaik mungkin. Silap jawab, mungkin dia akan memandu bersendirian sehingga sampai destinasi sebab teman memandunya malam itu boleh jadi merajuk dan melancarkan silent strike. Hahaha!
1. Lelaki Sentiasa Mahukan Cabaran
“Mungkin itulah keywordnya. Hidup dah stabil, anak dah besar…. Cabaran dah mula berkurangan. Lelaki ni hidupnya sentiasa mahukan cabaran. Maka bila dia dah tak rasa tercabar keupayaannya di rumah, dia cari cabaran di luar.”
“Ah, alasan! Eh betullah! Ingat tak penceramah cakap apa dalam kursus rumahtangga yang kita pergi hari tu? Lelaki ini fitrahnya pembvru. Hvnters and gath3rers. Kalau zaman dulu, dia keluar berbvru cari hasil untuk dibawa pulang kepada keluarga.
Bila berjaya bawa hasil, bank emosinya kembali terisi. Dia puas, contented. Tapi, zaman sekarang fitrah itu tak dapat digunakan sebab tak perlu keluar berbvrukan. Lalu kita nampak fitrah lelaki dilorongkan dengan bermain video games atau menonton sukan. Sesuatu yang memberi mereka masalah untuk diselesaikan dan instant reward bila berjaya. Faham dak? In other words, mereka perlu sentiasa dicabar. Bila di rumah semua sudah settle, dia cari masalah baru untuk dia selesaikan. So, kahwin isteri muda. Life begin again dengan cycle masalah yang sama untuk dia selesaikan.”
“Memanglah rumahtangga settle sebab si isteri yang settlekan di rumah. Suami balik, rumah dah kemas, anak dah mandi. Tau tau suami nak kahwin lain!”
2. Wanita Ramai Independent
“Haa… Sebab tulah. Wanita zaman sekarang memang independent. Semua boleh buat sendiri. Tak ada suami pun tak kisah. Ramai yang pilih untuk PJJ sebab kerja. Suami tak rasa tercabar sebagai lelaki. Jadi kena spare sebahagian tanggungjawab rumah tangga untuk lelaki selesaikan. Jangan buat semua. Lelaki mahu rasa diperlukan. Mahu rasa heroic.”
“Eh salah perempuan jugak?
Independent pun salah, tak independent pun salah.”
“Hehe.. Bukanlah nak salahkan perempuan. Rilek la, Ayang. Sebenarnya kalau lelaki tu betul-betul turut serta dalam tanggungjawab berumahtangga, dia akan sentiasa nampak masalah baru untuk diselesaikan. Dia akan sentiasa rasa tercabar untuk improve keluarga dia ke arah yang lebih baik.
Dan selama-lamanya kerja tu tak akan habis. Tak ada masa nak fikir cari masalah lain di luar.”
“Baguslah kalau fikir begitu. Nah sekarang cuba awak pandang cermin pandang belakang tu.”
“Kenapa? Ada apa?”
“Nampak dak 3 ketul ‘unfinished mission’ tgh sedap lena tidur tu? Selagi tak siap misi kita nak jadikan depa yang soleh dan solehah selagi tu banyakkk kerja nak buat kat rumah tu. Tak cukup 3 ketul ni saya tambah lagi yang lain supaya tak ada masa dah nak fikir hidup ni tak ada cabaran. Haha! Aci dak?” Sumber: Nur Liyana Mohd Nazli
Sumber: Islam Itu Indah
Leave a Reply