Naluri Seorang Isteri Sangat Kuat. Terdetik Apa Saja Tentang Suami, Dada Akan Berdegup Kencang
Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari kisah penuh kontroversi pasangan suami isteri yang berlaku baru-baru ini. Isteri memang akan diberi dengan naluri yang sebegitu. Sebab tu lelaki atau suami tolong lah jangan membohongi isteri anda.
Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami, dada akan rasa berdegup kencang. Kalau ada yang bu ruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu. Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga.
Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba, dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya, dua hati yang berbeza tapi saling bertaut. Hebat kuasa Allah.
Tapi kadang2 isteri juga kena tau bezakan antara naluri dan hasutan sy4itan. Sebab sy4itan ni suka sangat g4nggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berper4sangka dan menuduh melulu, takut isteri akan jatuh d3rhaka. Mohonlah petunjuk dengan berdoa.
1. Jangan Fikir Negatif
Sebenarnya kan , kalau boleh jangan fikir lansung benda-benda yang tak patut. Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita cur4ng. Sebabnya, Allah swt akan uji kita dengan benda yang kita takut. Sebab Allah swt nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah swt.
2. Selalu Berdoa Pada Allah swt
Mohon la pada Allah swt melalui doa. Allah swt takkan sia-siakan doa hambanya. Cubalah kita fikir, seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah. Kalau la Allah swt boleh pegang dan kawal benda yang ada di bumi dan di langit , takkan la Allah swt tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan.
Doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga. Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah, mawaddah dan rahmah di antara suami isteri. Cuba kita pergi Mahkamah Syariah. Kebanyakan yang bercerai semua yang cantik-cantik.
3. Redha
Sebab tu bila kita buat baik dengan pasangan , jangan mengharapkan balasan dari dia . Sebab dia pun manusia , tak pernah sempurnaa dan kalau suami cur4ng jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhi4nati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya . Sebab hakikatnya hanya Allah swt yang berhak menilai semua kebaikan kita .
Ustaz Ebit Lew selalu cakap, kalau Allah datangkan ujian, sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita. Jangan pulak tanya, apa kebaikannya? Tak nampak pun? Hati kita ni selalu dididik untuk nampak kebaikan tu dalam bentuk material dan duniawi saja. Kita lupa ada alam akhirat sana .Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti. Mungkin dengan asbab kesabaran kita, Allah tulis nama kita dalam senarai ahli-ahli Syurga. Siapa tahu?
4. Lelaki yang cur4ng bukanlah lelaki yang baik
Dah tu, kenapa nak simpan lagi barang tak elok? Buat sakit dada dan semak. Kita lepaskan sajalah. “Move on” lah. Masa ni singkat sangat kalau nak berebut nak berg4duh soal manusia . Sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk m4ti.
5. Kalau tak nak rasa sakit
Selalu lah “set mind” yang suami kita tu bukanlah hak milik kekal kita. Allah swt hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yg sementara. Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi, Allah swt akan ambik balik pasangan kita. Atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan. Sakit tu memang lah sakit, tapi Allah swt dah aturkan semuanya. Siapa kita untuk menolak? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.
6. Untuk yang pernah dikecewakan
Bersangka baiklah . Tapi jangan sesekali melupakan kebaikan pasangan. Janganlah disebabkan satu keburukan, kita lupa pasangan kita bersusah payah untuk melengkapkan keinginan kita yang tak pernah cukup. Selalu ingat bahawa Allah swt tidak akan menjadikan sesuatu kejadian dengan sia-sia .
Pasti ada pesanan yang ingin dikirim Allah swt kepada kita . Apa-apa pun, kembalilah kepada Tuhan. Bentang sejadah, sujud, mohon doa dan taubat kepadaNya . Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah. Ketahuilah sebenarnya Allah swt sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung. Mungkin sebab itu Allah menguji kita.
Sumber: teneniau.com
Leave a Reply