Hak-hak Suami yang Wajib Atas Seorang Isteri

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Hak-hak Suami yang Wajib Atas Seorang Isteri

Bolihkah ustaz sebutkan apakah yang wajib dilakukan olih isteri terhadap suaminya supaya dinamakan isteri itu isteri yang taat kepada suami.

Saya rasa memadai untuk permintaan pihak tuan ini saya sertakan tulisan Syeikh Abu Bakar Al-Jaziri :

إن للزوج حقوقا على زوجته كما للزوجة حقوقا على زوجها لقول الله تعالى: وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ . وتقدم بيان حقوق الزوجة وهذا بيان حقوق الزوج وهي
الطاعة في المعروف أما في معصية الله ورسوله فلا طاعة له عليها إذ لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق “قاعدة عامة

حفظ ماله وصون عرضه، أن لا تخرج من بيته إلا بإذنه، وذلك لقول الله تعالى: حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ. وقول الرسول صلى الله عليه وسلم: خير النساء إذا نظرت إليها أسرتك، وإذا أمرتها أطاعتك، وإذا غبت عنها حفظتك في نفسها ومالك

السفر معه إذا شاء ذلك

تسليم نفسها متى طلبه للاستمتاع بها، لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت أن تجيء فبات غضبان عليها لعنتها الملائكة حتى تصبح”

استئذانه في الصوم إذا كان حاضراً غير مسافر، لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: لا يحل لامرأة أن تصوم وزوجها شاهد أي حاضر إلا بإذنه

Artinya : “Bahawasanya bagi suami itu beberapa hak yang wajib atas isterinya sebagaimana bagi isteri itu beberapa hak yang wajib atas suaminya kerana firman Allah Taala : Dan para isteri itu mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf – Al-Baqarah ayat 228. Dan telah lalu kenyataan hak-hak isteri dan inilah pula keterangan hak-hak suami dan yaitu :

Pertama

Taat isteri pada perkara yang baik. Adapun pada perkara mak siat kepada Allah dan Rasul-Nya maka tidak ada taat bagi suami atas isteri kerana tidak harus yakni haram taat bagi makhluk pada perkara yang derhakakan Allah sebagai qaedah yang am.

Kedua

Memelihara isteri akan harta suami dan menjaga maruahnya yaitu bahawa tidak isteri keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suami. Yang demikian itu ialah kerana firman Allah Taala : Wanita-wanita yang memelihara diri ketika suaminya tiada bersama dengan barang yang memelihara olih Allah – An-Nisak ayat 34.

Dan sabda Rasulullah saw : Sebaik-baik perempuan apabila kamu lihat kepadanya dia akan menyukakan kamu. Apabila kamu menyuruhnya dia akan taat kepadamu. Apabila kamu keluar daripadanya dia akan memelihara kamu pada dirinya dan hartamu – Hadith Abu Daud dan Nasaie dan Al-Hakim.

Ketiga

Keluar berjalan bersama suami apabila suami menghendakinya yakni mengajaknya kepada berjalan dengannya.

Keempat

Menyerahkan isteri akan dirinya bila sahaja suami memintanya kerana berseronok dengannya kerana sabda Nabi saw : Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri itu tidak mahu datang kemudian tidur suami itu dalam keadaan marah atas isterinya nescaya melaknatnya olih malaikat sehingga waktu subuh – Hadith Bukhari dan Muslim.

Kelima

Meminta izin akan suami untuk puasa sunat jika suami ada disisi tidak bermusafir kerana sabda Nabi saw : Tidak halal bagi isteri berpuasa sunat sedangkan suaminya ada disisi kecuali dengan izinnya – Hadith Bukhari dan Muslim.” (Kitab An-Nikah Wa At-Talaq)

wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*