Rahsia Wanita Dulu-dulu Cantik Luar Dan Dalam Dengan Minum Air Rebusan Ini
Kebanyakan wanita hari ini jarang yang amal minum air rebusan seperti ini, walaupun sudah tahu tentang khasiat dan kebaikannya untuk tvbuh badan. Namun jika benar anda mahu jaga badan untuk Encik Abang Sayang, bolehlah jadikan minuman ini sebagai amalan.
1. REBUSAN SERAI & HALIA
Ambil 3 batang serai 4cm halia @ 2 ketul Diketuk kedua bahan di atas. Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air. Tunggu suam diminum. Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
2. REBUSAN SIREH
Ambil daun sireh 3 ke 5 helai. Direbus dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan diminum. Tambahan: boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3. REBUSAN SIREH & DAUN INAI
3 atau 5 helai daun sireh. Segenggam daun Inai. Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau. Elok diamalkan selepas haid.
4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH & KUNYIT
- 2 / 3 batang serai diketuk
- 3cm halia (tua/muda) diketuk
- 2cm kunyit diketuk
- Sedikit kulit kayu manis / bunga
- Cengkih / bunga lawang
- Daun pandan sehelai
- Sedikit gula batu (boleh diganti madu jika suka)
Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja. Bagus untuk mewangikan tu buh badan wanita dalaman dan luaran.
Segala resepi dan ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Tidak disyorkan ambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
Kredit: SuzyHoney‬ via karangkraf
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat sa raf. Membuang tok sid dan lemak.
Leave a Reply