10 Jenis-Jenis Rezeki Daripada Allah SWT
Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia.
Masing-masing hanya nampak wang Ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki.
Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun begitu, ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih. Fahami 10 jenis rezeki dari Allah di bawah:
1.Rezeki Yang Telah Dijamin.
Firman Allah SWT maksudnya, “Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya” (Surah Hud (11) ayat 6)
2. Rezeki Kerana Usaha.
Firman Allah SWT maksudnya, “Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya” (Surah an- Najm (53) ayat 39)
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu” (Surah Ibrahim (14) ayat 7)
4. Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya”
(Surah At Thalaq (65) ayat 2)
5. Rezeki Kerana Istighfar.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta” (Surah al- Jinn (71) ayat 10-11)
6. Rezeki Kerana Berkahwin.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya.” (Surah an-Nur (24) ayat 32)
7. Rezeki Kerana Anak.
Firman Allah SWT maksudnya, “Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 31)
8. Rezeki Kerana Sedekah.
Firman Allah SWT maksudnya, “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak” (Surah Al Baqarah (2) ayat 245)
9. Rezeki Kerana Keberkatan Berpagi-Pagian.
Waktu yang berkah adalah waktu yang penuh kebaikan. Waktu pagi telah dido’akan khusus oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai waktu yang berkah.
Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”
Apabila Nabi shallallahu mengirim pasukan tentera, baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirimnya pada pagi hari. Sahabat Shokhr sendiri (yang meriwayatkan hadits ini, pen) adalah seorang ahli perniagaan. Dia biasa membawa barang dagangannya ketika pagi hari. Kerana hal itu dia menjadi kaya dan banyak harta.
Abu Daud mengatakan bahwa dia adalah Shokhr bin Wada’ah.
(HR. Abu Daud no. 2606. Hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abi Daud)
10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).”
Kesemua rezeki adalah datangnya daripada Allah SWT, dikurniakan- Nya di jalan yang tiada disangka- sangka kepada hamba- hambaNya yang beriman dan bertakwa.
Sumber: kelateloni.net
Leave a Reply