Kelebihan Membaca 3 Surah Qul Sebelum Tidur
Yang dimaksud dengan 3 surah qul adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) kerana amalan ini dapat:
Menolak gangguan j1n, sya1tan, s1hir, was-was dan segala keja hatan. Malahan juga terhindar dari segala perkara yang buruk.
Cara-caranya:
Ditempat tidur sambil duduk, baca surah tiga Qul (diawali dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga.
Untuk anak-anak yang masih kecil, Ummi atau Ayah boleh baca 3 Qul, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruh badan anak.
Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:
“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tu buh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tu buh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”(HR. Bukhari)
Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dari-Nya.
Terima kasih sudi singgah di sini. Semoga bermafaat.
Leave a Reply