Yang Masih Ada Mak Dan Ayah, Pastikan Buat Semua Benda Ini Sebelum Menyesal

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Yang Masih Ada Mak Dan Ayah, Pastikan Buat Semua Benda Ini Sebelum Menyesal

Seorang anak yang baik adalah anak yang sentiasa berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa mereka. Walaupun kadang kala mereka pernah menya kiti hati kita, tetapi ingatlah ibu bapa ini  lah yang dulu bersusah payah membesarkan kita sejak didalam kan dungan lagi. Walaupun ibu bapa itu adalah orang paling ja hat sekalipun mereka tetap ibu bapa kita. Hormatilah dan hargailah mereka selagi mereka masih ada didunia. Hal ini kerana ibu bapa adalah syurga buat kita.

Bagaimana mahu menjadi anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa? Sebenarnya banyak caara yang boleh kita lakukan untuk sentiasa berbakti kepada ibu bapa. Kita boleh berbakti kepada ibu bapa mengikut kesesuaian masa dan umur mereka sekarang. Jika ibu bapa kita itu sudah terlalu tua atau u zur, maka perlulah kita memberikan sepenuh perhatian kepada mereka, jaga makan , pakaian, berak kencing mereka seperti mana mereka menjaga kita sewaktu kita kecil.

Ada anak yang mampu memberikan kemewahan, ada anak yang tidak mampu memberikan kemewahan tetapi memberikan perhatian dan penjagaan kepada ibu bapa. Lakukanlah semampu kita, ikut kadar kemampuan kita kerana apa yang kita lakukan ini percayalah tidak pernah akan sia-sia di dunia mahupun di akhirat. Kita bakal menjadi contoh teladan baik kepada anak-anak kita untuk menjaga kita di masa tua.

Berikut adalah caara-caara untuk berbakti kepada orang tua yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Hassan.

Bahagiakan Mak Ayah Dengan Caara Ini

Yang masih ada mak ayah. Pastikan:

1. Keperluan dapur, bil air, bil eletrik disempurnakan oleh kita. Sekarang segala bil dah boleh buat pembayaran melalui online. Keperluan lain upah je runner beli beras, tong gas.

2. Usahakan bilik tidur mereka ada penghawa dingin. Tilam, selimut, cadar yang baru dan selesa.

3. Pastikan rumah tidak bocor terutama rumah kampung.

4. Pastikan kenderaan mereka selesa, ada penghawa dingin, brake yang baik, minyak hitam ditukar mengikut jadual.

5. Pastikan rumah mereka ada penapis air yang baik.

6. Pastikan mereka makan ubat mengikut jadual. Dan pastikan mereka tidak mengambil apa-apa supplement yang merugikan atau faake. Terutama rawatan-rawatan yang melibatkan peralatan.

7. Pastikan mereka tidak terlepas jadual temujanji dengan doktor di Hospital.

8. Jangan lupa untuk bertanya khabar mereka setiap hari, setiap minggu.

9. Jika mereka ada hutang berusaha untuk selesaikan hutang.

10. Pastikan dalam doa kita tidak terlepas nama mereka.

11. Tunaikan hajat mereka. Ada ibu bapa setiap tahun azam untuk tunai umrah. Ada ibu bapa setiap bulan nak ziarah anak-anak. Tunaikan.

12. Mohon maaf segala salah silap kita. Jangan sikit pun berden dam terhadap mereka. Jangan sikit pun sa kiti hati mereka. Mereka syurga buat kita.

Tiada apa yang bernilai bagi mak ayah melainkan anak-anak yang soleh solehah, yang dapat mandikan jena zah mereka, yang dapat solatkan jena zah mereka. Yang dapat sedekahkan amal buat mereka.

Bahkan mendoakan mereka setiap masa. Paling kurang pun setiap kali selepas solat fardhu jangan lupa untuk mendoakan mereka. Moga syurga balasan buat mereka diatas penat lelah mendidik dan membesarkan kita.

Semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan azam kita untuk sentiasa berbakti kepada kedua orang tua. Hal ini kerana mereka adalah syurga buat kita, Apabila sampai waktu mereka mening galkan kita di dunia, maka terputuslah hubu ngan kita dengan mereka.

Tidak ada lagi bakti yang dapat dicurahkan kepada mereka kecuali doa. Masa mereka hidup inilah perlu kita manfaat kan sebaik-baik nya untuk berebut membahagiakan mereka. Semoga bermanfaat.

Sumber: Muhammad Hassan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*