Baru 7 Bulan Kawen, Mertua Asyik Tanya Bila Nak Mengandvng. Tak Macam Kakak Ipar, 2 Bulan Kawen Je Dah Lekat

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Baru 7 Bulan Kawen, Mertua Asyik Tanya Bila Nak Mengandvng. Tak Macam Kakak Ipar, 2 Bulan Kawen Je Dah Lekat

Assalamualaikum semua. Terima kasih ad min sudi siarkan confession saya ni. Foto sekadar hiasan.. Cerita saya ni simple je. Berkaitan mak mertua saya. Saya dan suami dah berkahwin selama 7 bulan, masih belum direzekikan untuk ha mil. Urusan perkahwinan kami memang diuruskan oleh parent mertua sebab kami pun tak saling mengenali. Dari urusan amount mas kahwin dan hantaran sehinggalah urusan perancangan masa depan kami berdua selepas berkahwin parent mertua yg decide.

Maaf lah, saya tak berniat nak burukkan parent mertua saya, malah saya sayang mereka Dan sentiasa cuba menyantuni mereka bila pulang ke rumah mertua walaupun ada banyak perkara yang tak menyenangkan saya. Cuma saya rasa sedih dan bingung apa yg patut saya buat bila tiap kali fikir tentang mertua saya jadi tak suka, rasa berat nak pulang ke rumah mertua dan rasa hidup saya dan suami dikawal.

Sebelum berkahwin saya memang independent orangnya mungkin kerana ibu saya dah menng gal du nia sejak saya berumur 5 tahun. Ayah saya tetap menjaga kami adik beradik tapi bila dah besar semua kami buat sendiri.

Hatta perancangan hidup semua kami decide sendiri, ayah saya tak pernah halang cuma beri pendapat bila perlu. Tetapi berlainan dengan suami saya yang semua hal sampai hal nak kahwin dan selepas kahwin pun dia disusun oleh parent dia. Mesti lah saya terasa tempiasnya sebab saya isteri dia.

Awal2 kahwin saya di suruh tak bekerja dan jadi suri rumah oleh parent mertua saya disebabkan suami saya doktor sibuk. Tapi bila 2 bulan duduk rumah tak bekerja saya jadi stress sebab dah biasa bekerja. Akhirnya saya minta izin suami untuk bekerja dan saya usaha cari kerja yang tak terlalu busy supaya kerja saya tak menyusahkan suami saya yg super busy tu.

Tapi akhirnya parent mertua saya tahu dan terkejut seolah2 tak boleh terima. Mereka siap tanya lagi tak cukup ke suami saya je kerja, berapa gaji saya and the question goes on. Awal2 kahwin juga saya selalu disuruh untuk mengan dung awal, mak mertua saya pun selalu tanya saya dah preg nant ke belum, masih peri od lagi ke? Entahlah, bukannya saya dan suami tak usaha, tapi Allah belum rezeki kan lagi dan kami hanya mampu berdoa hari2.

Apa yang memberatkan fikiran saya sekarang, saya rasa terlalu awkward dan berat hati nak balik rumah mertua. Tiap kali saya balik dorang mesti tanya dah preg nant ke. Soalan tu common je tapi entahlah saya just tak boleh dan rasa takut nak berhadapan dengan mak mertua. Takut ditanya lagi soalan2 tu.

Kakak2 ipar saya semuanya dapat mengan dung awal lepas 2 bulan kahwin, mungkin mak mertua saya expect saya juga begitu. Saya terlalu stress. Saya cuba berbaik sangka dan ignore perasaan tu, tapi bila ditanya lagi soalan tu saya jadi terus bersangka buruk dgn Mereka.

Seperkara lagi, saya bukannya nak menghitung apa yg saya tak suka dgn mertua. Cuma saya tak boleh adapt dan tak biasa. Tentang hal cuti dan balik ke rumah mertua. Mak mertua saya ni dia suka arrangekan cuti anak2 dia.

Means kalau dia arrange 20-22hb kena balik, dia akan make sure semua kena balik. Termasuklah suami saya. Suami saya list down satu2 cuti dia untuk tatapan mak ayah. Mertua saya which is saya pun tak pernah suami saya nk buat macam tu.

Kadang2 tu saya terpaksa ponteng kerja senyap2 sebab nak balik rumah mertua disebabkan kerja saya takde sistem punch in or punch out. Just isi manual kehadiran je. Sebab cuti saya dengan suami lain2, doktor kdg2 tak cuti hari weekend. Jadinya kat situ saya rasa suami saya selalu ikutkan je tanpa fikir langsung perasaan saya.

Pernah sekali, mak mertua saya call suami saya suruh balik ke rumah untuk ikut bersama pergi kenduri saudara. Time tu saya memang bekerja, suami baru habis kerja oncall tak sempat tidur pun. Mak mertua saya suruh beli tiket flight ke KL nanti dorang jemput. Everything was arranged. Saya tahu mesti semua nak cakap saya yang tak boleh terima dan tak adapt cara keluarga mertua saya. Maaf, saya terima je.

Ada juga banyak kali kalau Di rumah mertua saya selalu kena perli. Saya buat2 tanya macam mana nak potong sayur ni walaupun saya tahu, tapi mungkin cara saya mertua tak suka. Lastly mak mertua saya cakap, eh dulu tak pernah ke tolong mak masak kat dapur, semua benda tak reti ni. Luluh hati saya bila sebut mak tu, macam lah mak mertua saya tak tahu saya dah takda mak. Sedih sangat, masa Makan saya langsung tak bercakap even dengan suami saya.

Pernah juga saya panggil suami bukakan tin susu sebab tangan saya masa tu sa kit, tapi suami saya cakap kuat2 tin susu ni budak form 1 pun boleh buka depan mak mertua saya. Dorang pun sama2 gelak. Mencurah2 air mata saya masa tu. Memang tiap kali balik rumah mertua saya yg akan masak dan jaranglah nak dapat pujian. Sebab sebelum kahwin, saya diinterview oleh mertua saya.

Mereka pernah tanya saya selalu masak ke Makan luar. Saya jawab masak tak selalu sebab saya sorang je Makan dan kawan2 saya mostly Makan diluar so kami sama2 Makan luar sebab sebelum kahwin busy dengan master dan kerja. Lastly saya terus dicop tak pandai masak oleh mak mertua saya sampai kakak2 ipar saya semua tahu saya tak pandai masak.

Saya bukanlah tak pandai masak, cuma takkan nak mengaku saya pandai masak. Selepas kahwin, saya masak Macam2 untuk suami saya dan selalu saya buat menu baru yang saya belajar dari YouTube dan nenek saya. Tapi pada pandangan mertua saya ni takda apa2 kelebihan pun. Mereka selalu je puji biras2 saya yg lain yg bekerja sebagai doktor. Tak pernah sekali pun Mereka puji saya, termasuk lah suami saya tak pernah puji saya depan mak ayah dia.

Saya bukanlah minta dipuji, tapi saya rasa sedih apa yang saya buat semua tak kena. Termasuklah belum mengan dung. Itupun jadi kesalahan ke? Padahal banyak lagi yg saya cuba buat untuk bahagiakan suami saya, Itupun tak dipandang pun. Kalau balik ke rumah mertua, mak mertua saya tanya suami saya sihat ke, dengan saya takde pun.

Saya ada juga mengadu dengan suami pasal mak selalu tanya pasal mengan dung tu, tapi suami cakap Itupun nak terasa ke. Normal lah tu kan orang tua tanya. Sebelum kahwin juga mertua saya ada tanya suami saya nak ke terima saya sebab saya ada jerawat sikit2 kat muka, normallah tak teruk mana pun tumbuh jerawat 2-3 biji kat muka kan.

Hidung saya juga ada senget sikit tapi tak terlalu obvious lah sebab dulu kecik pernah jatuh, even orang tak kan perasan pun cuma mungkin mertua ni tenung muka saya lama2.

Bila saya tahu pasal hal ni, saya jadi sedih sangat. Sampai macam tu sekali ye mertua saya menilai saya. Saya ingat Mereka yg keluarga islamik pakai tudung labuh aktif dengan Aktiviti dakwah semua tu tak fikir tentang fizikal sangat.

Saya ada kawan yg 0Ku tiada 2 kaki duduk atas wheelchair dan dia dah berkahwin dgn seorang yg cukup sifatnya. Mulianya hati Mereka dan Mereka dah dikurniakan sorang anak perempuan. Tapi, itulah manusia. Kita tak tahu apa yg ada dalam hati Mereka.

Walaupun sebelum kahwin banyak kali terdetik nak tolak perkahwinan ini tapi inilah jodoh yg Allah tetapkan. Saya sekarang hanya mampu fikir setiap kebaikan yg suami saya berikan pada saya dan saya akan taat dgn suami dengan penuh hati saya.

Moga selepas ni saya mampu bersangka baik. Cadangkan dekat saya apa yg perlu saya buat demi mengeratkan lagi hubu ngan saya dan keluarga mertua. Terima kasih semua.

Azna via iiumc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*