Ramai Wanita Terlepas Pandang Tidak Mengamalkan Doa Wanita Ketika Datang Haid dan Nifas

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Ramai Wanita Terlepas Pandang Tidak Mengamalkan Doa Wanita Ketika Datang Haid dan Nifas

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian untuk kaum Hawa. Kaum Adam pun kena ambil tahu juga. Boleh ajar pada si isteri nanti. Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin tidak.

Bagi kaum Hawa, ada satu doa yang boleh dibaca oleh mereka pada hari pertama tiap kali korang datang bulan (haid). FA teringat tentang doa ini. Doa ini diajar oleh senior FA masa sekolah menengah dulu.

Doa Hari Pertama Datang Bulan

Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A. diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi.

Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:

Alhamdulillah ala kulli hallin, wa astaghfirullah min kulli zanbin

Maksudnya: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

Maka akan ditulis oleh Allah baginya:

  • Terlepas daripada api nera ka.
  • Dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat.
  • Dan aman daripada az4b.
  • Dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang ma ti syahid.
  • Manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.

Mudahnya Islam kan? Baik lelaki mahupun perempuan, semuanya diberi keistimewaan yang tersendiri oleh Allah. Selamat beramal! Wsalam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*