Inilah Kelebihan Membaca Surah Yassin Selepas Subuh. Jom Amalkan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .. Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Bila dibaca surah Yasin selepas solat subuh, nescaya Allah Taala mengabulkan segala doa dan permohonan kita. Mintalah apa saja yang baik-baik, insya Allah akan dapat. Saya dan mencubanya, memang mujarab. Tetapi berapa ramai daripada kita yang kuat menahan mata yang mengantuk untuk menghabiskan bacaan tersebut. Sebab itu sesiapa yang rajin membaca surah Yasin selepas solat subuh, memang dia dari golongan yang beruntung.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang aj4l orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat M4ut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika ma yatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jena zahnya.”
Malaikat Maut tidak mahu memaksa menca but ny4wa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam ku bur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nya wanya diambil.
Rasulullah saw bersabda selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang mun4fik. ”
Kesimpulanya,
Jika anda amalkan membaca surah yassin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga oleh Allah SWT.
Bermakna, jika kita biasakan membaca surah Yassin setiap pagi selepas solat subuh atau selepas solat dhuha, keperluan kita akan Allah lengkapkan. JANGAN buat amalan ini hanya semata-mata untuk nikmat dunia sahaja sebaliknya jadikan amalan untuk meraih keredhaan Allah SWT.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, Jangan lupa share.
Leave a Reply