Suami Atau Isteri Jangan Cakap 8 Perkara Ini Semasa ‘Berg4duh’ Jika Ingin Rumah Tangga Kekal Bahagia

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Suami Atau Isteri Jangan Cakap 8 Perkara Ini Semasa ‘Berg4duh’ Jika Ingin Rumah Tangga Kekal Bahagia

Tipvlah jika ada pasangan yang tidak pernah berga duh disepanjang tempoh perkahwinan yang dibina bersama. Berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perkongsian rumah tangga. Ia akan berlaku walaupun untuk sekali sekala.

Perga duhan antara suami isteri kadangkala berlaku apabila perasaan tidak puas hati wujud, ataupun apabila salah seorang daripada mereka sedang memendam rasa terlalu lama. Justeru, komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina dengan cinta dan kasih sayang. Namun begitu, pergaduhan antara suami isteri merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan lagi.

Apabila hal ini berlaku, suami isteri dinasihatkan untuk menjaga batas-batas tertentu. Ini kerana pelanggaran “sempadan” tersebut akan menyebabkan pergaduhan menjadi semakin buruk.

Ayat Sensitif & Pantang Larang Semasa Berga duh

Disini saya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh suami isteri dalam kehidupan rumah tangga mereka, yang dinyatakan oleh Ustaz Dato Kazim Elias dalam bukunya, Duhai Wanita Permaisuri Hati

Ingat, ada lapan perkara apabila suami isteri bertengkar, jangan sesekali menyebutnya!

1. Jangan Menyebut Dan Melibatkan Ibu Bapanya

Kita hanya berga duh dengannya dan bukan dengan ibu bapanya. Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghi na ibu bapanya. Ucapan seperti.

“Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu..” atau “Mak dengan anak serupa sahaja perangainya..” adalah antara ucapan yang sangat ditegah.

Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghi naan terhadap pasa ngan kita dan ibu bapanya. Melibatkan ibu bapa dalam pergadu han akan menyebabkan pasangan yang dihi na ibu bapanya itu akan menjadi bertambah ber4ng dan perkara yang lebih buruk mungkin terjadi.

2. Jangan Sesekali Mengungkit Setiap Pemberian Yang Kita Berikan.

Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina. Antaranya dengan menunjukkan kasih sayang dan memberikan barangan bersifat material kepada pasangan. Ada masanya kita belanja pasangan kita sepasang baju, memberi bunga atau apa-apa sahaja yang menggembirakan hatinya. Jadi jangan ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan.

Jangan sesekali katakan padanya, “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti nak jaga..” atau “Tak kenang budi, orang dah tolong banyak pun dia membebel lagi..” Perbuatan itu hanya akan mengguris perasaannya dan menunjukkan ketidakikhlasan kita ketika memberikannya dahulu. Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan pahala kita.

3. Jangan Sebut Kita Ingin Meninggalkannya.

Ga duh-ga duh pun, janganlah sesekali kita berkata kepadanya bahawa inilah kali terakhir kita berjumpa dengannya dan selepas ini kita tidak mahu menemuinya lagi. Jangan cakap seperti itu. Ini seolah-olah kita sudah tidak mahukan pasangan kita lagi. Terguris hati pasangan jika mendengar kata-kata seperti, “kalau abang tahu sayang buat macam tu lagi, sayang tak akan jumpa abang lagi..” atau “Perangai awak ni buat saya nak kawin lagi sorang dengan orang lain tau tak?!..”. Jangan perbesarkan perga duhan kita dengan kata-kata seperti ini.

4. Jangan Bertengkar Depan Anak-Anak

Kalau pun kita tengah berga duh, janganlah bertengkar dihadapan anak-anak. Bimbang ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka. Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala isteri digon cang-gon cang dan dide ra dengan pelbagai tindakan lagi. Jangan lakukan ini dihadapan anak-anak. Tapi tidak bermakna kita boleh lakukan secara sembunyi-sembunyi pula. Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda mereka bahawa semua lelaki itu ja hat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh berkasar dengannya. Bahkan, ia juga boleh mengganggu emosi anak-anak sehingga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga kelak.

5. Jangan Mengangkat Tangan Atau Memegang Sebarang Objek

Jangan sesekali kita mengangkat tangan untuk tujuan memu kul isteri kita. Begitu juga dilarang menggunakan apa-apa objek untuk memu kul, ia akan menambah keretakan rumahtangga, malah boleh menjadi k3s de ra tanpa kita sedar. Jika seorang suami suka mende ra isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik. Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat, kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu manahan sabar. Sebagai ketua keluarga, kita kena pandai mengawal keadaan, bukannya menyumbang kepada hubu ngan yang makin teruk.

6. Jangan Sebut Kekurangan Pasangan

Janganlah kita menghi na isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika berga duh. Lebih-lebih lagi yang dihi na itu adalah bahagiaan anggota tu buh badannya. Ini perkara sensitif buat pasangan. Sewaktu kita bersetuju bernikah dengannya, bermaksud kita juga setuju untuk menerima kekurangan yang ada pada dirinya. Walaupun kekurangan itu wujud selepas perkahwinan, kita harus menerima isteri seadaanya. Sentiasa ingatkan diri untuk mengawal lidah sewaktu berga duh. Bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

7. Jangan Tinggikan Suara Sehingga Ramai Orang Dengar

Ketika berga duh, jangan sesekali meninggikan suara dengan tujuan menengkingnya sehingga ramai yang boleh mendengar.

Perbuatan itu hanya akan mema lukan dan menjatuhkan marvahnya dihadapan semua orang. Lebih-lebih lagi ditempat awam.

Jagalah ma ruah pasangan kita. Maruah dia, marvah kita juga. Ia ibarat membuka pekung dan kelemahan kita dalam hidup berumah tangga. Pasangan yang ditengking itu pasti akan terasa dengan kita. Bahkan akan menjatuhkan dirinya daripada kita.

8. Jangan Berga duh Dalam Tempoh Yang Lama

Jangan memanjang-manjangkan perga duhan. Jangan lama-lama bertengkar, cukuplah hanya untuk sementara waktu. Sudah habis berga duh, berdamailah. Kadang-kadang kita perlu buat tidak tahu sahaja yang kita baru berga duh. Pujuklah pasangan kita dengan kata-kata yang menyejukkan jiwa. Memanjangkan perga duhan tidak dapat mengubah keadaan. Sebaliknya dengan bertenang dan berdamai itu lebih baik untuk membaiki hubu ngan atau masalah yang men1mpa pasangan.

Maka, jangan kita sengaja merosakkan rumah tangga yang dibina dengan perbuatan yang melampau ketika bergaduh. Jangan juga kita hanya bergaduh semata-mata untuk mahukan perhatian daripada pasangan.

Penutup: Wujudkan Rumahtangga Yang Harmoni

Walaupun perkara ini adalah asam garam kehidupan rumah tangga, hendaklah kita mengawal emosi dan amarah kita.

Jika kita mahukan anak yang sihat akhlak dan rohaninya, maka perkara ini sebenarnya bermula daripada kita sendiri, ibu bapa. Kerana anak-anak belajar dari pemerhatian kelakuan ibu bapa mereka.

Sumber: duniadanakhirat

Sumber video: Ustaz Kazim Elias

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*