Baca Surah Al-Insan 7 Kali Selepas Solat Ini Kelebihanya

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Baca Surah Al-Insan 7 Kali Selepas Solat Ini Kelebihanya

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”

Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.

Jika ditulis surah ini, kemudian diha puskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disem be lih pada hari raya kor ban dengan menggunakan dakwat ataupun pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala ba la dan gangguan j1n dan manusia.

Khasiat Ayat 1-2:

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? ( Al-Insaan 76:1 )

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air ma ni yang bercampur (dari pati be nih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. ( Al-Insaan 76:2 )

Ayat ini jika dibaca 7 kali selepas solat, InsyaAllah ia akan dikasihi oleh manusia.

Sumber: Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin via kifarahmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*