Turun Berat 10KG, Suami Amal Minum Air Lemon Halia

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Turun Berat 10KG, Suami Amal Minum Air Lemon Halia

Ni la air LEMON HALIA yg suami cikpooja dok amalkan secara konsisten. Alhamdulillahh. Skrg badan dah segak.. Xde lagi gendut & gemok. Lawas secara alami. Mmg bagus sgt

Bahan di perlukan

  • 4biji lemon
  • 4inci halia
  • Air 3liter

Cara Membuat

  • Potong2 halia dan lemon(buang biji)
  • Renehkan smpai air bertukar warna kekuningan…
  • Siap reneh…sejukkan dan masukkan dalam botol dan simpan lam peti sejuk yea….
  • cara minum mmg xde sukatan..depend pada penerimaan perut masing2…..
  • Cedok air dia je isi dalam botoi na…halia ngan lemon tu tak perlu makan sekali.

Nak minum waktu bila pon boleh jika masam sila tambah madu

Tips pemilihan lemon yg bagus,

Masa nak beli lemon… tekan2 kulitnya jika kulitnya keras itu bermakna lemon tu berkulit tebal. Xsedap.. dan bila kita rebus nnt rasa dia pahit…lemon yg bagus adalah lemon yg berkulit lembut n xtebal sgt… insyaAllah berjuicy n xpahit bila kita renehkan nnt.

Suami cikpooja konsisten minum air lemon halia nie selama 3bulan lost 10kg. (Berat asal 80kg…. konsisten 3bulan hilang 10kg…dan skrg dia maintain konsisten sbb askar ni kalau BMI lebih mmg xleh move) Janji konsisten jeh, habis je buat lagi untuk dapatkan berat badan yang ideal.

Kredit : Cik Pooja via Tular kini

7 Khasiat Utama Buah Lemon Untuk Di Amalkan Dalam Pemakanan Sihat Seharian

Ramai yang fikir bahawa buah lemon tidak memiliki apa-apa melainkan hanya digunakan untuk hidangan air di restoran atau perisa yang digemari untuk hidangan pencuci mulut. Tapi, tahukah anda bahawa khasiat utama buah lemon ini sebenarnya kaya dengan vitamin C, antioksidan dan khasiat yang tinggi untuk kesihatan?

Ya benar. Buah lemon ini kaya dengan pelbagai khasiat termasuklah mengurangkan risi ko ba tu karang dalam buah ping gang dan bahkan juga membu nuh s3l kan ser tidak kira samada anda mengambilnya dalam bentuk air lemon, minyak pati lemon ataupun hanya makan begitu sahaja.

Selain itu, ia juga dapat digunakan tidak hanya sekadar untuk kegunaan di dapur sahaja. Lemon juga boleh digunakan untuk apa sahaja daripada untuk membersihkan perabot sehinggalah menjadikan rambut anda berkilat selain daripada meningkatkan kesihatan kepada kulit anda.

Sudah bersedia untuk mengetahui khasiat buah citrus ini? Teruskan membaca untuk mendapatkan senarai lengkap khasiat buah lemon dan kesan-kesan sampingannya.

Fakta Nutrisi Khasiat Utama Buah Lemon

Buah lemon sangat rendah dengan kalori namun mengandungi banyak serat dan vitamin C – ditambah pula dengan kandungan makronutrien yang lain. Sebiji buah lemon mengandungi kira-kira:

khasiat lemon 1

  • 24 kalori
  • 7.8 gram karbohidrat
  • 0.9 gram protein
  • 0.3 gram lemak
  • 2.4 gram serat
  • 44.5 milligram vitamin C (74 peratus DV)
  • 116 milligram kalium (3 peratus DV)
  • 0.5 milligram zat besi (3 peratus DV)
  • 0.1 milligram vitamin B6 (3 peratus DV)

Tambahan pula, buah lemon ini juga mengandungi sedikit thiamin, folat, asid pantotenik, kalsium, magnesium dan kuprum. Ramai orang sering menggunakan lemon untuk menyediakan air lemon. Jika anda menggunakan jus daripada separuh bahagian buahnya dan dicampur dengan air.

Segelas air lemon akan mengandungi kira-kira:

  • 6 kalori
  • 2 gram karbohidrat
  • 0.1 gram protein
  • 0 gram lemak
  • 0.1 gram serat
  • 10.8 milligram vitamin C (18 peratus DV)

Manakala, setiap gelas air lemon juga mengandungi sedikit kalium dan folat juga.

khasiat lemon 2

  • Meningkatkan Keimunan
  • Menyihatkan Jantung
  • Membantu Mela wan Kan ser
  • Mence gah Pembentukan Batu Ka rang
  • Meningkatkan Penyerapan Zat Besi
  • Meningkatkan Kesihatan Kulit
  • Membantu Menurunkan Berat Badan

Lemon vs. Limau

Lemon dan limau kedua-duanya boleh tertukar antara satu sama lain. Apabila melibatkan rasanya, ianya mudah untuk mengenal pasti yang mana satu lemon dan limau sekiranya kedua-duanya bercampur. Kedua-dua buah ini memiliki rasa masam dan sering kali ditambah ke dalam minuman dan pelbagai resipi hidangan yang menyelerakan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua buah ini. Bermula dari rupanya, limau memiliki kulit yang hijau manakala sebaliknya lemon berwarna kuning terang. Limau pula bersaiz lebih kecil berbanding lemon. Limau juga memiliki kurang rasa masamnya selain daripada rasanya yang lebih lembut. Kedua-dua digunakan untuk tujuan yang sama dan sering kali digunakan dalam pelbagai masakan.

Apabila melibatkan kandungan nutrisinya pula, khasiat yang terkandung dalam limau adalah tidak banyak seperti yang terkandung dalam lemon. Khasiat limau hanya separuh sahaja daripada jumlah vitamin C dan juga mengandungi lebih banyak karbohidrat selain daripada protein yang sedikit pagi setiap gram. Manakala kandungan nutrien lemon pula lebih banyak dengan kandungan nutrien seperti folat dan vitamin B6 yang tinggi.

Langkah Berjaga-jaga

Bagi kebanyakan orang, lemon boleh dimakan tanpa kesan sampingan yang teruk. Walaubagaimanapun, terdapat juga sesetengah orang yang perlu mengehadkan pengambilannya. Masalah alahan kepada buah-buahan sitrus merupakan satu gejala yang tidak biasa berlaku namum telah dilaporkan bahawa ia berlaku.

Antara simptomnya ialah pembengkakan, asma dan masalah kulit. Sekiranya anda mengalami simptom negatif selepas makan buah lemon, adalah dinasihatkan untuk menghentikannya dan terus mendapatkan nasihat doktor anda.

Tambahan pula, walaupun khasiat yang terkandung dalam lemon ini sungguh menakjubkan, adalah perlu untuk mengawalnya agar tidak terlebih had. Hal ini disebabkan oleh asid sitrik yang ada dalam lemon ini apabila diambil terlalu banyak boleh menyebabkan enamel pada gigi anda mejadi terhakis sehingga meningkatkan masalah gigi sensitif.

Akhir sekali, menyapu lemon secara terus pada kulit anda boleh meningkatkan kesensitifian kepada sinaran UV. Jadi, pastikan anda memakai pelindung untuk memastikan sinaran matahari yang terkena pada anda berada dalam keadaan yang sederhana untuk mengelakkan kulit anda terbakar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*