Besar Ganjaran Baca Surah Al-Insan 7 Kali Selepas Solat

Besar Ganjaran Baca Surah Al-Insan 7 Kali Selepas Solat

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”

Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.

Jika ditulis surah ini, kemudian dih4puskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang k0rban yang disem b3lih pada hari raya k0rban dengan menggunakan dakwat ataupun pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala b4la dan gangguan jin dan manusia.

Khasiat Ayat 1-2:

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? ( Al-Insaan 76:1 )

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air m4ni yang bercampur (dari pati ben1h lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. ( Al-Insaan 76:2 )

Ayat ini jika dibaca 7 kali selepas solat, InsyaAllah ia akan dikasihi oleh manusia.

Disusun Oleh: Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

sumber : tvdakwahmy 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*