Jangan Sesekali Lupa Untuk Mengamalkan 5 Amalan Ini Jika Mengidamkan Khusnul Khotimah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Jangan Sesekali Lupa Untuk Mengamalkan 5 Amalan Ini Jika Mengidamkan Khusnul Khotimah

Setiap manusia di dunia ini telah di tetapkan oleh Allah akan tempoh masa hidupnya. Hal ini di jelaskan dalam Firman Allah SWT:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ.

Di mana jua kamu berada, ma ut akan mendapatkan kamu (bila sampai 4jal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (Q.S an-Nisa: 78).

Akan tetapi, Allah tidak memberitahukan 3 perkara kem4tian kepada hambanya.

  • Bila
  • Di mana
  • Bagaimana

Ada yang m4ti ketika masih kanak- kanak, ada yang m4ti ketika remaja, ada yang m4ti ketika usia tua. Semuanya berada di tangan Allah SWT. Namun secara puratanya, umur umat nabi Muhammad berkisar antara 60-70 tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ان اعمار امتي ما بين ستين و سبعين.

Sesungguhnya umur umatku di antara 60 ke 70 tahun (HR. Ahmad).

Dalil di atas menunjukkan bahawa kita wajib bersiap sedia untuk menyambut datangnya kem4tian pada bila-bila masa sahaja, hal ini bertujuan agar ketika kem4tian datang, kita mendapatkan cara m4ti yang baik.

Apa erti khusnul khotimah? Seseorang yang men1nggal dalam kedaan khusnul khotimah akan dijamin syurga baginya di akhirat kelak. Malaikat ma ut pun dengan sangat hati-hati mengambil ny4wanya kerana orang tersebut merupakan hamba Allah SWT yang sangat disayangi-Nya.

Ciri-ciri orang yang men1nggal dalam keadaan khusnul khotimah, iaitu men1nggal dengan menyebut asma Allah SWT dan men1nggal dalam keadaan yang baik seperti men1nggal saat menunaikan sholat, saat berzikir kepada Allah, dan lainnya.

Ada beberapa amalan yang dapat membawa kita men1nggal dalam keadaan khusnul khotimah, apakah amalan itu? Berikut huraiannya:

1. Menunaikan solat wajib tepat waktu dan tidak pernah meninggalkan solat wajib.

Melakukan aktiviti harian namun kita jangan pernah tinggal solat waktu.

2. Membiasakan diri untuk membaca Al-Quran setiap hari.

Meskipun hanya satu ayat saja kerana ayat-ayat Al-Quran merupakan firman Allah SWT yang mampu memberikan kesejukan hati dan fikiran serta menebalkan keimanan kita. Selain membacanya, alangkah baiknya jika kita belajar isi kandungan Al-Quran sebagai pedoman hidup di dunia.

3. Menjalankan solat wajib secara berjamaah di rumah atau di masjid.

Menjalankan solat secara berjamaah dapat melipatgandakan darjat pahala yang akan kita perolehi selain itu solat berjamaah juga dapat memperkukuh persaudaraan sesama muslim sehingga Allah SWT lebih menyukai hamba-Nya yang menjalankan solat secara berjamaah daripada solat sendiri.

4. Menunaikan sholat sunnah tahajjud di malam hari iaitu disepertiga malam.

Solat sunnah tahajjud merupakan solat sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap umatnya kerana dengan menjalankan solat sunnah ini dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT.

5. Selalu berzikir disetiap waktu dan selalu mengingat Allah SWT setiap masa dan dimanapun juga.

Orang yang selalu mengingat Allah SWT tidak akan melakukan hal-hal yang dilarang oleh-Nya dan mereka selalu takut akan murka Allah SWT.

Alangkah beruntungnya bagi seorang muslim yang telah menjalankan amalan-amalan tersebut kerana mereka merupakan hamba-hamba yang dicintai Allah SWT.

Kebahagiaan seorang muslim iaitu men1nggal dalam keadaan khusnul khotimah kerana hal ini merupakan jaminan syurga untuknya.

Orang-orang yang m4ti dalam keadaan khusnul khotimah akan berseri-seri wajahnya kerana sebelum dikubvrkan Allah SWT telah memperlihatkan syurga untuknya yang akan dihuniya.

Sungguh beruntung bagi setiap muslim yang mendapat kem4tian khusnul khotimah kerana akhir kehidupan di dunia di tutup dengan hal yang baik dan akan membawanya menuju kenikmatan syurga yang telah Allah SWT siapkan untuknya.

Demikian perkongsian beberapa amalan yang dapat menjadikan kem4tian anda menjadi khusnul khotimah, jadi apakah anda ingin m4ti khusnul khotimah? rutinkan amalan ini setiap hari.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Anda juga boleh Like Page Kami Juga Di Facebook untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*