Doa Sayyidul Istighfar, Baca Doa ini Kalau Bersungguh Mahu Allah Terima Taubat Kita

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Doa Sayyidul Istighfar, Baca Doa ini Kalau Bersungguh Mahu Allah Terima Taubat Kita

Istighfar adalah bacaan untuk memohon keampunan kepada Allah SWT. Umat Islam dianjurkan untuk sering mengucapkan bacaan ini. Sebagai tanda pengakuan atas kelemahan yang dimiliki manusia sekaligus selalu berharap atas ampunan Allah SWT

Bacaan istighfar yang singkat adalah astaghfirullah. Tapi selain itu ada yang dinamakan Sayyidul istigfar. Inilah the king of istighfar atau secara sederhana dapat diertikan sebagai istighfar yang paling utama. Apakah Anda tahu bacaan sayyidul istighfar ini?

Berikut ini bacaan sayyidul istighfar yang baik untuk sering kamu baca.

للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Allahumma anta robbii laa ilaaha illaa anta, kholaqtanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu, abuu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu-u bi dzanbii, faghfirlii fainnahuu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta”

Ertinya:

”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau, Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)

Membaca sayyidul istighfar memiliki banyak manfaat. Berikut beberapa di antaranya.

1. Masuk Syurga

Dalam hadis yang merupakan lanjutan dari hadis di atas, Rasulullah bersabda

مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Ertinya: “Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia ma ti pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.”

Ya, syurga dijanjikan bagi orang yang membaca sayyidul istighfar ini baik di siang hari mahupun malam hari.

2. Diampuni Dosa

Istighfar adalah bacaan yang berharap agar kita diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT atas kesalahan dan khilaf yang terjadi. Bacaan ini menandakan betapa kecilnya kita di hadapan Allah. Kita, manusia, adalah tempatnya khilaf dan salah. Dengan membaca istighfar, kita berharap dosa-dosa kita itu diampuni.

3. Bentuk Syukur atas Nikmat Allah

Dalam bacaan sayyidul istighfar tersebut juga terdapat pengakuan atas nikmat yang diberikan Allah SWT pada kita. Membaca istighfar ini juga merupakan bentuk wujud syukur manusia pada Allah ta’ala.

4. Dicintai Allah

Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222).

Ya, Allah senang terhadap orang yang yang beristighfar dan memohon ampun pada Allah. Sebab dalam istighfar itu terkandung makna bahawa manusia ingin menjadi lebih baik. Dengan mengakui kesalahan yang telah terjadi dan berniat untuk tidak lagi mengulanginya.

5. Mencegah Az4b

Firman Allah seperti termaktub dalam QS. Al-Anfal ayat 33: ”Dan Allah sekali-kali tidak akan menga zab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan menga zab mereka, sedang mereka meminta ampun.”

Keutamaan orang yang memohon ampun pada Allah SWT adalah dapat terhindar dari az4b. Sebab Allah tidak akan menga zab umatnya yang bertaubat dan memohon ampun.

6. Memperlancar Rezeki

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

Dosa-dosa yang kita lakukan boleh menjadi penghambat kelancaran rezeki kita. Oleh kerananya, dengan membaca istighfar dan memohon ampun pada Allah, semoga dosa-dosa yang kita lakukan itu dapat dihapuskan.

7. Membersihkan Hati

Istighfar dapat membersihkan hati kita. Banyak hal yang dapat menyebabkan hati kita menjadi kotor. Dengan beristighfar diharapkan hati kita bisa menjadi bersih.

Seperti dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

8. Ketenangan Bat1n

Istighfar adalah bentuk pengakuan atas segala dosa dan kesalahan yang kita perbuat. Hanya dengan memohon ampunan-Nya, batin kita bisa menjadi tenang.

Nah, itulah beberapa keutamaan dari beristighfar. Membaca sayyidul istighfar ini perlu kita biasakan setiap hari, supaya kita bisa menjadi orang yang beruntung kerana diampuninya dosa kita oleh Allah SWT.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Gambar hiasan sahaja

Sumber: duniadanakhirat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*