“Umur 45 Tahun Saya Baru Belajar Mengaji Al-Quran.” Datuk Rosyam Nor Kongsi Kisah Sedih Kenapa Beliau ‘Berhijrah’
Siapa je yang tak kenal dengan hero nombor satu Malaysia dan legenda yang juga merupakan seorang pelakon, pengacara, dan penerbit, Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Datuk Rosyam Nor ini.
Baru-baru ini Datuk Rosyam Nor berkongsi kisah disebalik kejayaan sebagai pelakon, tersimpan satu kisah yang tidak diketahui ramai.
Antara yang menarik perhatian penulis kala diberikan klip awal episod malam ini, adalah kisah kehidupan Datuk Rosyam Nor, aktor hebat seantero Malaya. Mungkin ramai yang sudah tahu kisah zaman kanak-kanaknya yang bergelumang dengan kepayahan hidup dan membesar di sebuah kawasan setinggan di ibu kota.
Bagaimana, akhirnya beliau bangkit mengubah nasib hidupnya dan keluarga sehingga mampu menghadiahkan sebuah banglo selesa untuk ibunya kini. Daripada sekadar menjadi pelakon sampingan untuk filem G1la-G1la Remaja era 80-an sehinggalah bergelar hero filem Melayu paling terkenal dengan memegang pelbagai watak ajnas genre.
Dan, seiring peningkatan usia, Datuk Rosyam yang mula memperlahankan kerjaya lakonannya, kini bergelar usahawan berjaya. Pelbagai bidang perniagaan diceburi beliau dan alhamdulillah, menghasilkan pulangan berbaloi. Dan, sekali lagi, katanya ia berkat doa ibu yang tida pernah putus.
Perginya Ar wah Ayah Meninggalkan Pengajaran Paling Besar
Antara perkongsian beliau yang paling memberi kesan malam ini adalah mengenai pemergian ar wah Ayah yang dikasihinya. Kesedihan itu bukan hanya kerana kini beliau bergelar anak yatim tetapi juga telah membuka matanya untuk kembali mencari diri dan agamanya. Bagaimana ia berlaku?
“Saya seorang yang hebat. Semua orang kenal saya sebagai hero Malaya, pelakon hebat. Orang sanjung saya. Tapi, sayangnya ketika jasad ayah saya sendiri sudah kaku di depan mata, saya tidak mampu mengaji untuknya, sungguh saya rasa sangat terh1na waktu itu…” Ujar Datuk Rosyam dalam emosi bercampur-baur.
Pemergiaan Ayah memberi kesan mendalam kepada diri beliau selepas itu. Dalam hatinya begitu mendesak untuk belajar mengaji. Beliau tekad untuk mencari ustaz yang boleh mengajarnya mengaji. Menurut Datuk Rosyam, dari kecil dia tidak diajar mengaji. Namun, ia bukan salah orang tuanya yang pastinya dalam situasi yang amat sukar juga waktu itu.
“Nak dijadikan cerita. Saya terjumpa seseorang ini, bukan di masjid tapi di lokasi KL G4ngster menyapa saya secara tiba-tiba memberitahu dia peminat saya. Dia minta nombor telefon saya dan selepas itu hampir setiap minggu dia menghubungi saya untuk berjumpa. Hanya selepas tiga bulan, saya setuju bertemunya.”
Ditakdirkan, rupa-rupanya peminat Datuk Rosyam itu seorang ustaz dan menawarkan diri untuk mengajarnya mengaji Quran. “Subhanallah, inilah kebetulan yang diatur Tuhan. Doa saya selama ini yang mahu belajar mengaji akhirnya dimakbulkan. Saya minta Mak saya doakan saya agar dapat mengaji Quran,” Tambah Datuk Rosyam.
Berkat kesungguhannya yang bermula dengan Alif, Ba, Ta pada usia 45 tahun, akhirnya beliau sudah mampu mengaji Quran. “Syukur, saya dapat khatam Quran pada tahun 2016 di depan kaabah. Mungkin bacaan saya belum cukup sempurna, namun itu antara saya dengan Tuhan. Apa yang ingin saya katakan, inilah saya yang selama ini menipu diri sendiri, akhirnya akur bahawa saya tidak boleh malu untuk belajar.”
Jujurnya, menurut Datuk Rosyam, terdetik rasa malu pada awalnya untuk belajar mengaji sehingga meminta ustaz yang mengajarnya jangan beritahu sesiapa.
“Dan saya sanggup menipu apabila ke majlis tahlil yang memerlukan bacaan Yassin, saya akan miming saja. Sedangkan saya tidak tahu untuk membaca,” Tuturnya penuh hiba dan sesalan.
Tambahnya lagi, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;
“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”
Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;
“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan ku bur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”
Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah dan akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang diinginkanNya. Malah, menerusi mereka-mereka yang kita sendiri tidak menduga dan pada ketika mana yang kita sendiri tidak ketahui. Maka, bersangka baiklah dengan setiap yang berlaku di sekeliling kita. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan jalan Allah yang lurus.
Sumber: Sinar Harian & Ustaz Ebit Lew
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Akak Pesan.
Leave a Reply