Sunnah Tidur Rasulullah S.A.W. Yang Perlu Kita Amalkan Setiap Hari
Allah SWT hanya akan menerima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas dan tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang mengamalkan Sunnah tidur Rasulullah yang sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala ma ti syahid sudah cukup.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Berikut antara Sunnah Tidur Rasulullah S.A.W. sebelum, ketika, dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah ma ti.
3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia ma ti malam itu, dia akan dikira sebagai ma ti syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan si hir dan niat jah at manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Posisi Sunnah Tidur cara Rasulullah S.A.W. adalah dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
9. Membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat ku bur kita, tempat semadi sementara menunggu ak hirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.
10. Tutup aurat ketika tidur.
Mari kita amalkan amalan Sunnah Rasulullah SEBELUM TIDUR.
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
- Sebelum khatam al-Quran.
- Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
- Sebelum para muslimin meredhai engkau.
- Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur, bacalah surah al –Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’. ( 3x .“
2. “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad. ( 3x )“
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau “ Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih. ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim.. Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar.“( 3x )
Sumber: Detik Perjua ngan
Share ilmu ini utk peringatan semua.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal.
Leave a Reply