Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia
Pasti banyak yang bermain dengan fikiran rakyat Malaysia apabila memikirkan kenaikan harga minyak di Malaysia. Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia berdasarkan fuel consumption di Malaysia
Pasti seboleh-bolehnya mencari cara bagaimana untuk menjimatkan kos perbelanjaan dengan lonjakan kenaikan harga minyak di Malaysia. Ini termasuklah pilihan kereta terbaik untuk kegunaan seharian.
Ada yang tertanya-tanya apakah kereta mpv paling jimat minyak, suv paling jimat minyak ataupun kereta sedan jimat minyak.
Pastinya dengan memilih kereta jimat minyak terbaik, penggunaan minyak dapat diminimakan untuk kehidupan seharian sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan. Mypt3 ada jawapannya.
Kita boleh trend penghasilan kereta, jenama jenama kereta sekarang banyak tertumpu kepada teknologi menjimatkan minyak kereta.
Contohnya sekarang macam Honda punya keluaran 1.5 turbo 1.8 standart, hybrid, VW 1.2 turbo, Proton 1.6 turbo, Perodua 1.3, 1.5, keluaran 2.0 semakin kurang. Sebab semua nak jimat minyak. Melainkan untuk kereta saiz yg lebih besar.
Dan untuk senarai ranking, nampaknya jenama Perodua dan Proton menggunguli senarai kereta jimat minyak di Malaysia untuk 10 ranking teratas.
Senarai ini Mypt3 kami kemaskini berdasarkan ujian yang dilakukan oleh kalangan yang pakar sahaja. Hasilnya senarai ranking kereta jimat terbaik adalah seperti di bawah ini untuk tahun 2019.
28 Kereta Jimat Minyak Berdasarkan Ujian Fuel Consumption:
- Proton Bezza 1.0 (Manual) 4.4 L/100 km
- Proton Bezza 1.0 (Auto) 4.7 L/100 km
- Perodua Kancil 600 4.7 L/100 km
- Mitsubshi Attrage 1.2 4.8 L/100 km
- Perodua Viva 660 4.8 L/100 km
- Perodua Myvi 1.3 (Manual) 4.9 L/100 km
- Perodua Kelisa 1.0 5.0 L/100 km
- Perodua Myvi 1.3 (Auto) 5.0 L/100 km
- Ford Fiesta 1.0 Ecoboost (Auto) 5.3 L/100 km
- Saga 1.3 (Manual) 5.4 L/100km
- Perodua Kenari 5.5 L/100 km
- Volkwagen Vento 1.2 TSI 5.5 L/100 km
- Honda Jazz 1.5 (Auto) 5.6 L/100 km
- Proton Persona 1.6 (Manual) 5.6 L/100km
- Proton Saga 1.3 (CVT Auto) 5.7 L/100 km
- Proton Savvy 1.2 5.7 L/100km
- Forst Fiesta sport 1.5 (Auto) 5.8 L/100 km
- Kia Picanto 1.2 5.8 L/100 km
- Proton Persona 1.6 (Auto) 6.1 L/100km
- Nissan Almeera 1.5 (Manual) 6.3 L/100 km
- Volkswagen Polo 1.6 6.3 L/100 km
- VW Vento 1.6 6.5 L/100 km
- Toyota Vios 1.5 (Manual/Auto) 6.7 L/100 km
- Nissan Almeera 1.5 (Auto) 6.7 L/100 km
- Suzuki Alto 1.0 (Auto) 6.7 L/100 km
- Mazda 2 (Auto) 6.7 L/100 km
- Proton Waja 1.6 (Manual) 7.3 L/100km
- Proton Waja 1.6 (Auto) 7.6 L/100km
Nah tamat sudah senarai ranking kereta jimat minyak terbaik di Malaysia. Jimat minyak tidak semestinya selesa. Selesa tidak semestinya sedap bawak.
Jadi terpulang kepada analisa dan perbandingan yang anda lakukan sebelum memilih kereta baru milik anda. Ini hanya sebahagian sisi untuk membantu anda memilih kereta baru anda.
Tetapi kalau dapat kereta jimat minyak sekalipun, bawa kereta macam pelesit pun tidak berguna juga. Pandua cermat jiwa selamat. Dan juga kereta yang bagus, bukan sahaja beri keselesaan, prestasi yang boleh diterima oleh pengguna dan dapat jimat minyak tetapi spare parts nya mudah sekali didapati di bandar atau di luar bandar atau pun di kampung, itu yg penting. Tidak guna tunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan spare parts kereta itu. Setiap orang ada seleranya.
Sumber: mypt3
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih.
Leave a Reply