Amalkan 4 Minuman Ini Sebelum Tidur Dan Lihat Hasilnya

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Amalkan 4 Minuman Ini Sebelum Tidur Dan Lihat Hasilnya

Siapa rasa susah nak membongkokkan tubuh kerana perut buncit? Diet dah buat, jogging pun sudah, nak pergi gim selalu memang tak sempat la kan? Nak ambil pil ‘supplement’, mahal la pula.

Jangan risau! Anda masih boleh mengempiskan perut buncit dengan empat ramuan minuman ini. Ia bukan sahaja penuh khasiat, malah menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga!

Apa yang perlu anda lakukan, amalkan mengambil minuman ini sebelum tidur membantu mengempiskan perut buncit.

1. Jus Timun Penghapus Lemak

Bahan:

  • 1 biji timun
  • Sedikit daun parsli
  • 1 biji lemon
  • 1 sudu besar halia parut
  • 1 sudu besar jus aloe vera
  • 1/2 gelas air

Caranya:

Kisar semua bahan di atas dan minum sebelum tidur.

2. Minuman Tenaga

Bahan:

  • 5 biji lemon
  • 1 liter minuman sparkling
  • Sedikit daun pudina

Caranya:

  1. Perah empat biji lemon
  2. Hiris bulat-bulat sebiji lemon
  3. Campurkan kesemua bahan ke dalam jug
  4. Hidang minuman dengan ais dan daun pudina

3. Minuman India Berempah

Bahan:

  • 4 biji limau nipis
  • Sedikit halia parut (sesuaikan dengan cita rasa)
  • Sedikit daun pudina
  • 1 liter minuman sparkling
  • 1/2 gelas air putih
  • Sedikit gula (sesuaikan dengan cita rasa)
  • Ais

Caranya:

  1. Perah jus limau
  2. Campur gula dan air putih di dalam periuk, reneh sehingga gula larut
  3. Tambah halia ke dalam larutan dan ma tikan api selepas mendidih. Sejukkan
  4. Tambah jus limau, minuman sparkling dan ais
  5. Hias minuman dengan daun pudina dan hirisan limau

4. Minuman Cuka Epal (Apple Cider)

Bahan:

  • 1 liter jus epal (buat sendiri atau beli yang dah siap)
  • Sedikit daun pudina
  • 100 ml jus lemon
  • 1 biji lemon
  • Ais

Caranya:

  1. Hiris lemon bulat-bulat
  2. Campur jus lemon dan jus epal dalam bekas bersesuaian
  3. Tambah hirisan lemon, ais dan daun pudina
  4. Boleh tambah hirisan epal sebagai hiasan

Amalkanlah mengambil minuman ini sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan perut kembali kempis dan kelihatan muda remaja. Selamat mencuba!

Sumber : myinfomaya.com

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*