2 Minggu Mimpi Dengar Alunan Surah Al-Quran, Ia Sangkakan Di Kacau S3tan.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

2 Minggu Mimpi Dengar Alunan Surah Al-Quran, Ia Sangkakan Di Kacau S3tan.

Hidayah itu mulik Allah. Seorang pemuda berbangsa Cina kerap kali bermimpi mendengar dan membaca ayat Al-Quran lalu mendorongnya untuk membuat keputusan yang tidak dijangka iaitu memeIuk agama Islam. Woo Sheng Xiang atau nama Islamnya, Ahmad Fauzan Woo Abdullah memeIuk Islam sejak beberapa bulan lalu.

Lebih mengharukan, keputusan diambil pemuda berusia 19 tahun dari Kampung Tiruk, Kuala Terengganu itu dibuat ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, pada 24 Mac lalu. Dia yang lebih mesra dipanggil Mad berkata, kali pertama bermimpi mendengar suara mengaji semasa berumur 16 tahun ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Kuala Terengganu.

Dia menceritakan kisah yang berlaku disebalik penghijrahannya dan di anggap itu sebagai petanda dan hidayah yang diberikan oleh Allah buatnya. Mungkin setiap orang lain cerita dan cara dalam mendapat petunjuk, tetapi bagi Mad, dia mendapatnya melalui mimpi yang sangat kerap hingga membuatkan dia terfikir apakah tujuan di sebalik mimpi-mimpi yang dialami.

Menurutnya, pada malam itu, dia dikejvtkan dengan mimpi ada suara membaca ayat suci al-Quran dan mimpi sama kembali berulang selama hampir dua minggu berturut-turut.

“Selepas dua bulan berlalu, mimpi sama datang kembali, tapi kali ini berbeza iaitu saya sendiri yang membaca al-Quran dan tempohnya sama iaitu hampir dua minggu berturut-turut.

“Selepas mimpi kali kedua ini, saya mula berfikir kenapa dipilih untuk diperdengarkan bacaan al-Quran dan saya cuba untuk menceritakan kepada rakan, namun perasaan malu menghantui diri.

“Pada masa sama, saya mengkaji agama Islam termasuk daripada segi kehidupan, pemakanan dan pergaulan. Selepas hampir empat tahun berlalu, saya mula membuka cerita kepada rakan karib, Fahmi Othman dan meluahkan hasrat ingin memeIuk agama Islam.

“Keesokannya Fahmi bersama bapanya dan bapa saya pergi ke Pejabat Agama Daerah Marang untuk mengucap dua kalimah syahadah dan dengan sekali lafaz, saya berjaya memeIuk Islam,” katanya yang pernah menyarung jersi pasukan kelab, Terengganu City Football Club (TCFC) sebagai penyer4ng, dua musim lalu.

Menurutnya, selepas selesai mengucap, dia hampir menangis kerana begitu terharu dan sebak serta tidak menyangka diterima sebagai umat Islam.

Katanya, ketika itu hatinya terasa amat tenang dan bersyukur diberi hidayah yang dianggap rahmat menjelang Ramadan dan ketika tempoh PKP.

Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui bapa serta ahli keluarganya tidak menghalang, malah menyokong tindakannya memeIuk agama Islam.

Mengenai puasa pada tahun ini, Mad yang kini menjadi jurulatih juruselam di Pulau Redang, berkata dia tidak menghadapi masalah untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.

“Saya tidak berdepan masalah berpuasa walaupun baharu masuk Islam kerana sebelum ini sudah kerap kali menjalani ibadah itu sejak di Tingkatan Satu.

“Tambahan pula, saya mempunyai ramai kawan Melayu, pernah satu tahun saya berpuasa penuh selama sebulan, oleh sebab itu saya tidak menghadapi masalah untuk berpuasa,” katanya yang turut mendengar ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan Ebit Lew dalam YouTube sejak beberapa tahun lalu.

Alhamdulillah dan syukur diucapkan buat saudara baru kita ni. Semoga terus diberikan hidayah dan ketenangan dalam melakukan ibadah ke jalan Allah.

Teruskan istiqomah dan berdampinglah dengan mereka yang tinggi ilmu agama dan akhlak. Jika dilihat dari cara Mad dibesarkan dari kalangan orang Islam sejak kecil, InsyaAllah bukan perkara yang sukar bagi Mad untuk terus mendalami agama Islam.

Malah dia mempunyai inisiatif untuk terus belajar walaupun melalui Y0utvbe.

Sumber: imuslimnetwork

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*