Rekahan Di Kaki Hilang Menggunakan 2 Bahan Dapur Sahaja
Tumit kaki merekah terjadi apabila kulit tumit yang terlalu kering dan kerap memakai kasut yang tidak sesuai. Jika tumit kaki mula merekah, nak pijak pun mesti terasa ngilu dan sakit. Lebih-lebih lagi jika tumit kaki mula berdarah dan terkena jangkitan bakteria. Jadi, wanita ini kongsi tips hilangkan rekahan pada tumit supaya kelihatan lebih bersih dan licin!
CANTIKKAN TUMIT KAKI
Tips tumit merekah bersinau dalam 5 minit hanya guna 2 barang je. Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. Tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak. Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! Orang tengok kaki pun boleh kata kita tua.
Bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. Malu sungguh! Datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. Mudah dan senang. Anak-anak tidur mommy-mommy boleh la belai-belai tumit.
GUNA BARANG DAPUR JE!
Guna limau nipis boleh, lemon pun boleh! Juga garam
Berus gigi murah guna bulu yang kasar, lepas limau dah lunyai gunakan berus pula.
MEMANG BERKESAN
Sebelum skrub gunakan limau nipis dan garam..
Hasil daripada berus gunakan limau dan garam. Memang menjadi!
Sumber: Siti Norshafika Amran
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Akak Pesan
Leave a Reply