Ramai Isteri Ambil Mudah, “Isteri Tak Boleh Bawa Tetamu Datang Rumah Tanpa Kebenaran Suami”
Ada kalanya pasangan suami isteri ini akan berjauhan bila mana sang suami kerja luar kawasan ataupun mempunyai sebarang urusan di luar kawasan. Tinggallah isteri keseorangan di dalam rumah.
Apabila isteri keseorang di dalam rumah, isteri tersebut adalah dilarang membawa tetamu tanpa kebenaran suami. Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW seperti di bwah.
Sabda Rasulullah saw:
Tidak boleh seorang istri mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya terkecuali dengan izin suaminya.(HR. Bukhari dan Muslim)
‘Amr ibnul Ahwash ra meriwayatkan dari Rasulullah saw, sabda beliau : “Ketahuilah, kalian memiliki hak terhadap istri-istri kalian dan mereka pun memiliki hak terhadap kalian. Hak kalian terhadap mereka adalah mereka tidak boleh membiarkan seorang yang tidak kalian sukai untuk menginjak permadani kalian dan mereka tidak boleh mengizinkan orang yang kalian benci untuk memasuki rumah kalian. Sedangkan hak mereka terhadap kalian adalah kalian berbuat baik terhadap mereka dalam hal pakaian dan makanan mereka.” (HR. At- dan Ibnu Majah)
Dalam hadis di atas, adalah amat jelas bahawasanya sebagai seorang isteri tidak boleh membawa masuk orang yang tidak disukai suami ke dalam rumah. Jadi, sekalipun orang itu adalah adik beradik sanak saudara maka jawapannya adalah tak bolehlah diajak masuk.
Kata Ustaz Shamsuri, hadis ni sebenarnya ada terkandung kinayah atau sindiran di mana bukan takat bawak masuk tetamu yang suami tak suka saja tapi kalau ajak lelaki lain masuk rumah juga yang mana akan menyebabkan suami tidak suka maka adalah tidak boleh.
Kalau zaman dulu adalah hampir mustahil kita nak minta izin suami sbb dulu takde handphone dan suami pula pergi musafir, perang dll hal. Tapi zaman sekarang, kita boleh gunakan teknologi untuk berhubungan dengan suami dan bgtau, ada orang datang rumah so abang bawak laju2 balik rumah cepat. Walaupun nampak benda ni macam menyalahi adat, tapi kita mesti pentingkan suruhan agama seperti yang terkandung dalam
al-Hujurat (49) : 6 :
Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekefiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus
Yang membawa maksud, dicelah kehidupan kita ini ada Rasulullah iaitu hadisnya. Jadi kalau kita nak pulas hadis sehingga membenarkan adat kita tadi (membawa masuk tetamu lelaki bukan mahram ke dalam rumah tanpa izin suami) maka tunggulah kesusahan yang akan ALLAH berikan.
Apa nak susah, kalau ada tetamu, kalau dia datang seorang, bgtau saja, “Suami ai keluarlah…nnt jap ai call dia ek”. Atau kalau dia ada bawa isteri, bolehla ajak isteri dia masuk asal orang atau keluarga itu bukanlah keluarga yang dibenci suami.
Macam mana pulak kalau orang bgtau nak datang rumah pada kita? Sebelum bagi jawapan boleh ke tidak, eloklah bagitau pada suami dulu. Bagitau kat suami pun senyap2 aje…sbb kalau guna ayat, “Sekejap ye, saya nak minta izin suami,” barangkali akan menyebabkan bakal tetamu tadi kata, “Ek elehhhhh….”
Maklumlah orang zaman sekarang, benda baik pun di’eleh’2kan padahal kita ni cuba nak ikut agama. Jadi, untuk elak orang itu dapat dosa, minta izin suami dan terus bg jawapan pada bakal tetamu tu. Let say suami tak bagi, jgn lupa tanya alasan pada suami so senang kita nak fahamkan tetamu kita tu. Kalau suami kita izinkan pulak, jawablah,
“Datanglah….excited nak tunggu yu datang tau” dari guna ayat solehah, “Datanglah suami saya izinkan”.
Tapi ini bergantung kepada individu juga, kalau kalian memang berimej solehah bukan macam saya maka bila anda gunakan ayat itu maka ia mungkin tidak akan mendatangkan masalah. Kalau saya yang gunakan ayat tu….ehehehe… saya rasa kawan2 yang kenal saya itu boleh terkesima barang 2-3 jam.
Sumber: Akhbarkini
Leave a Reply