Kenapa Ada Orang Banyak Kena Gigit Nyamuk Berbanding Orang Lain, Ini Penjelasannya

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Kenapa Ada Orang Banyak Kena Gigit Nyamuk Berbanding Orang Lain, Ini Penjelasannya

Haa nyamuk ni bukan main pilih saja ya. Kajian telah membuktikan bahawa nyamuk memang ada kecenderungan yang tertentu dalam memilih mang sanya.

Pernah tak anda rasa macam selalu kena target dengan nyamuk? Habis berbintat satu badan, Sedangkan orang lain boleh relax dan tak perasan pun ada nyamuk.

Menurut laporan dari WebMD, seorang profesor emeritus dari Universiti Florida, Jerry Butler telah menyatakan bahawa “1 daripada 10 orang adalah mereka yang menarik perhatian nyamuk”.

Dan untuk pengetahuan anda, nyamuk menghi sap da rah bukanlah sebagai makanan. Malahan, hanya nyamuk betina sahaja yang akan menggigit manusia kerana mereka memerlukan sumber protein dari da rah manusia untuk membe nihkan telur serta menghasilkan lebih banyak anak.

85% kemungkinan kita akan digigit oleh nyamuk adalah disebabkan oleh faktor genetik.

Adakah anda ada ciri-ciri ‘istimewa’ yang nyamuk mahukan? Bawah ini ada senarai perkara yang boleh buat anda jadi ‘magnet nyamuk’:

1. Dvrah jenis O

Satu kajian telah mendapati bahawa mereka yang berdvah jenis O adalah 83% lebih cenderung untuk digigit nyamuk. Manakala mereka yang berdvrah jenis A mempunyai kecenderungan yang paling rendah, dan bagi yang berdvrah jenis B pula mereka berada dalam kategori pertengahan. Boleh jadi cenderung untuk digigit dan mungkin juga kurang.

Selain itu, 85% orang yang menghasilkan rembesan yang boleh menunjukkan jenis darah mereka juga biasanya akan menjadi mang sa gigitan nyamuk, tanpa mengira jenis darah.

2. Saiz badan yang besar

Nyamuk juga lebih sukakan mereka yang dewasa berbanding kanak-kanak kerana mereka ini lebih kerap menghembus nafas dan mengeluarkan karbon dioksida. Berbanding wanita, lelaki juga lebih cenderung untuk digigit nyamuk, sama seperti mereka yang obesiti atau lebih berat badan disebabkan saiz badan serta suhu badan.

3. Wanita mengan dung

Merujuk kepada satu kajian yang telah dijalankan di Afrika, wanita mengan dung adalah dua kali ganda lebih berisi ko untuk menjadi mang sa nyamuk berbanding wanita yang tidak mengan dung. Ini kerana wanita ha mil lebih banyak menghasilkan CO2. Bukan itu sahaja, kajian pada tahun 2002 juga menunjukkan bahawa wanita yang mengan dung pada hujung trimester akan melepaskan 21% lebih CO2 berbanding wanita biasa, yang mana menjadikan mereka lebih terdedah untuk menjadi target kepada nyamuk.

4. Melakukan aktiviti fizikal

Nyamuk tertarik kepada a sid laktid iaitu bahan yang dihasilkan oleh tu buh badan selepas anda berpeluh. Oleh itu, anda akan lebih terdedah untuk digigit nyamuk sekiranya anda baru sahaja selesai berlari ataupun workout di gim.

Selain itu, anda juga akan mengalami peningkatan suhu badan disebabkan oleh kadar metabolik yang meningkat selepas bersukan atau melakukan aktiviti lasak. Secara tidak langsung, ianya akan menjadikan nyamuk lebih tertarik kepada anda.

5. Anda baru mengambil segelas be er atau wi ne

Pengambilan alkohol juga akan meningkatkan kadar metabolik serta suhu badan yang mana akan menjadikan nyamuk lebih tertarik kepada anda.

6. Memakai baju berwarna merah atau warna gelap

Selain dari bau, nyamuk juga mencari mang sa berdasarkan penglihatan mereka. Warna merah akan menjadikan anda sebagai mangsa utama, sama seperti warna-warna gelap seperti hitam dan biru.

Dr. Jonathan Day, entomologis dan pakar nyamuk dari Universiti Florida menjelaskan, “nyamuk mengalami masalah untuk terbang dalam keadaan yang berangin walaupun sedikit, jadi mereka akan terbang dalam ketinggian yang rendah. Dengan itu, mereka mengesan mang sa dengan membuat perbandingan warna pakaian. Warna gelap akan kelihatan menyerlah, manakala warna cerah seakan-akan senada.”

7. Beberapa elemen dalam badan yang menjadikan anda ‘magnet nyamuk’

Mereka yang menghasilkan lebihan a sid di dalam badan (contohnya a sid laktik, a sid urik) dan/atau mempunyai konsentrasi ste roid dan koles terol yang tinggi pada permukaan kulit akan lebih menarik perhatian nyamuk. Namun ini bukanlah bermakna nyamuk hanya target mereka yang berkoles terol tinggi, tetapi mereka ini secara naturalnya memproses koles terol dengan lebih cepat berbanding yang lain, menghasilkan bahan sampingan pada permukaan kulit.

Bagi mereka yang jarang digigit oleh nyamuk, satu kajian yang dijalankan oleh London School of Hygiene & Tropical Medicine menyatakan bahawa mereka ini mempunyai “bau yang berbeza bagi nyamuk” seolah-olah mereka menghasilkan ‘penghalau semulajadi’. Untunglah.

Jadi berdasarkan senarai di atas, adakah anda berada dalam kalangan ‘magnet nyamuk’ ini?

Sumber : Says

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Akak Pesan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*