Mana Lebih Baik Simpan Telur Di Dalam Peti Atau Di Luar Pada Suhu Bilik

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Mana Lebih Baik Simpan Telur Di Dalam Peti Atau Di Luar Pada Suhu Bilik

Sudah pasti ramai diantara kita yang menyimpan telur di dalam peti sejuk kerana ingin memastikan telur berkenaan tahan laman berbanding dengan simpan di luar. Sebenarnya menyimpan ini mana lebih bagus? adakah di dalam peti atau pada suhu bilik? jom baca penjelasan dari pihak Root Of Science ini.

Sedikit informasi berkenaan mis teri penyimpanan telur, ini adalah sains juga! Sepanjang minggu ini, penulis telah membaca banyak artikel berkenaan telur, terutamanya berkaitan isu penyimpanan. Ada berkata simpan dalam peti sejuk, ada berkata simpan suhu bilik.

Kalau ikut kajian di US, mereka lebih suka simpan di dalam peti sejuk, tahan dari bakte ria Salmo nella katanya. Walaupun begitu, berdasarkan kajian di UK pula, mereka lebih suka menyimpan telur di suhu bilik, iaitu suhu bilik yang stabil. Namun apa yang perlu kita ambil tahu juga adalah suhu di negara mereka adalah sejuk walaupun ‘summer’. Jadi logiklah mereka menyimpan telur dalam suhu bilik.

Telur yang lama tidak digunakan

Kajian menyatakan suhu optimum untuk menyimpan telur adalah setinggi 2 darjah Celcius bagi mengelakkan telur itu terdedah pada risi ko jang kitan Salmo nella, namun kajian ini disangkal oleh satu kajian di barat (UK) menyatakan telur yang disimpan di peti sejuk dan suhu bilik (20 darjah Celcius) tidak ada bezanya dari segi kualiti dan risi ko jang kitan.

Jika ikut cara penulis? Penulis akan simpan telur di dapur (dalam suhu bilik) tetapi basuh dahulu jika ada kotoran, kotoran inilah punca jang kitan Salmo nella. Basuh apabila mahu guna telur berkenaan. Cara ibu penulis pula lain, dia akan basuh dan simpan telur di dalam peti sejuk.

Kedua-dua cara boleh diterima namun jangan gunakan telur yang lama, dikhuatiri ia telah retak atau lapisan kutikel (cengkerangnya) telah telap, ini yang bah4ya sebenarnya.

  1. Perhatikan tarikh setiap kali telur dibeli, dan jangan terpedaya untuk membeli telur murah dengan membeli kuantiti yang banyak.
  2. Sebaiknya, beli telur setiap minggu atau setiap 2 minggu bagi memastikan kesegaran telur.
  3. Jangan simpan telur di pintu peti sejuk, ia akan mendedahkan pada ketidak seimbangan suhu. Pilih tempat suhu yang konsisten.
  4. Jika anda simpan telur di suhu bilik, jangan simpan terlalu lama, telur yang lama akan rosak dan ketelapan kutikel (cengkerang telur) akan berkurangan menyebabkan telur akan masuk angin.

Sumber: myinfomaya.com

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Akak pesan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*