DIY Pewangi Bilik Air, Wangi Dan Mudah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

DIY Pewangi Bilik Air, Wangi Dan Mudah

Tandas atau bilik air memang sentiasa menghasilkan bau yang kurang menyenangkan maklumlah fungsi utama tanda memang membersihkan kotoran di luar dan dalam badan kita.

Agak mema lukan kalau kita biarkan masalah bau yang kurang menyenangkan ini jika tiba-tiba ada tetamu yang datang ke rumah dan nak gunakan bilik air.

Kekalkan keharuman bau tandas dengan menyediakan blok pewangi tandas secara home made yang terbukti dapat menyingkirkan bau busuk dan memberikan kesegaran.

Menariknya, anda boleh memilih wangian apa yang dimahukan dan mudah sahaja!

Apa yang perlu disediakan;

  • 1 cawan baking soda
  • 1/4 cawan a sid sit rik
  • 1/2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar hydro gen pero xide
  • 15 hingga 20 titik essential oil
  • Kuali leper/ dulang
  • parchment paper
  • measuring spoons / camca sukat
  • botol penyembur

Arahan:

  1. Campurkan baking soda ke dalam bekas adunan dan gunakan bantuan garfu untuk sebatikan bahan. Baking soda sememangnya berkesan untuk menyingkirkan bau yang busuk dan kurang menyenangkan.
  2. Selain dari itu ia juga merupakan base yang bagus untuk membuat blok pewangi tandas ini. Kemudian, campurkan a sid sit rik. kacau rata
  3. Seterusnya, campurkan cuka dan hydro gen pero xide di dalam bekas kaca. Kacau rata.
  4. Selepas itu, masukkan setitik demi setitik sebatian cuka dan hydro gen pero xide ini ke dalam baking soda.
  5. Anda tidak digalakkan mencampur terus sebatian ke dalam baking soda untuk mengelakkan reaksi diantara tiga bahan tersebut.
  6. Setelah itu tambahkan dengan essential oil

Gunakan separuh camca untuk mencedok dan membentuk bahan sebatian itu tadi kepada bentuk separuh bulat. Anda boleh mengalaskan dulang/ kuali leper dengan parchment paper dan letakkan acuan itu tadi di atasnya.

Untuk menyenangkan ia melekat di antara satu sama lain, anda boleh menggunakan sedikit cuka dan air. Biarkan selama beberapa jam atau sepanjang malam.

Anda bolehlah menyimpan blok pewangi ini di dalam jar kaca dan pastikan dilabel agar mengelakkan sesiapa termakan! Setiap kali tandas berbau busuk, selepas flush, jatuhkan blok pewangi ini ke dalamnya. Dan anda pasti sukakan bau yang dihasilkan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Akak Pesan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*