Nak Muka Nampak Sentiasa Cantik Dan Berseri-Seri Amalkan Doa Ini
Lumrah dah kalau nak cantik dan berseri adalah hal yang sungguh manusiawi. Bahkan dari zaman rasulullah pun penampilan menjadi sebuah bahasan yang sering diperbincangkan. Dan ketahuilah bahwa doa ini yang menjadikan manusia terlihat lebih cantik dan berseri.
Bagi sesiapa yang menginginkan supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas shalat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (supaya anak hormat kepada kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu
Caranya:
- Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
- Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui : Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Akak Pesan.
Leave a Reply