Inilah Salah Satu Sebab Mengapa Islam Melarang Pakai Kasut Tumit Tinggi

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Inilah Salah Satu Sebab Mengapa Islam Melarang Pakai Kasut Tumit Tinggi

Perbuatan wanita yang memakai kasut bertumit tinggi adalah harus selagi tidak memudaratkan wanita tersebut. Jika wanita memakai kasut tumit tinggi dan menyebabkan kesan negatif kepada kesihatannya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh para doktor, maka haram baginya memakai kasut tumit tinggi kerana memudaratkan kesihatan.

Jika tiada sebarang masalah dan tidak mendatangkan kesan kepada kesihatan, hal ini tiada larangan dan masalah.

Namun begitu, jika pemakaian kasut tumit tinggi menarik perhatian lelaki bukan mahram akibat bunyi yang kuat ketika berjalan, hukumnya HARAM.

Maka elakkanlah daripada memakainya kerana berjaya menarik perhatian lelaki bukan mahram. Hal ini boleh menimbulkan fitnah dan juga mendekatkan kepada mak siat.

Rujukan : Wanita Dalam Islam – Kemusykilan & Panduan

Hukum Wanita Memakai Gelang Kaki

Anda pernah melihatkanak-kanak kecil memakai loceng di kaki? Kebiasaanya wanita jika kita lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak perempuannya dengan loceng di kaki.

Sebagai contoh bagi orang dewasa, lelaki atau perempuan hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas loceng di kaki sahaja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata carapemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya memakai loceng kaki bagi wanita dihukum HARAM jika bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan.

Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tvbuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tu buh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi. Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita.

Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus. Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

Sumber; ukhwahmuslim

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Akak Pesan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*