Ilmu Mudah Buat Keropok Dengan Lebihan Nasi Jimat Dan Sedap
Menanak nasi pada malam hari kemudian nasi ada lebihan jangan buang. Seeloknya simpan dahulu kerana lebihan nasi tersebut boleh di jadikan keropok.
Nak tahu macam mana caranya? Jom tengok resipi di bawah ini.
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
- 1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. Hiris nipis garam secukup rasa
- Stok ayam/ kiub ayam
Langkah-langkahnya
- Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.
- Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub ayam.
- Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.
- Angkat adunan dan bentukkan lonjong (seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.
- Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jom cuba buat di rumah dan rasai sendiri keropok nasi.
JIka suka artikal kami jangan lupa share like dan komen @akakpesan.
Leave a Reply