Minuman Herba Buat Encik Suami Kekal Sihat Dan Muda
Suami selalu letih dan lesu badan, boleh amalkan nasihat ini. Para isteri boleh sediakan untuk suami di rumah. Jangan kita terlalu ikut peredaran zaman sehingga lupa herba yang di guna pakai oleh orang lama.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sekarang ini seakan menjadi trend ramai antara kita kembali mengamalkan jamu. Bercerita tentang jamu atau minuman herba untuk awet muda, bukan sahaja wanita suka mengamalkannya.
Malah kaum lelaki juga tidak terkecuali, seperti Johanis Haslan yang turut berkongsi minuman herba kegemarannya yang sering dihasilkan sendiri untuk tujuan kesihatan dan awet muda.
Nak tahu apa ramuannya, jom teliti bahan dan cara penyediaannya. Jadi bolehlah disediakan untuk En Suami, pasti suami hargainya.
Bahan-bahan :
- Kunyit
- Halia
- Daun Sirih
- Temu Kunci
- Kencur
- Asam jawa
- Lemon
- Gula Organik
- Kulit Kayu Manis
Cara penyediaan :
- Masukkan semua bahan di dalam pengisar.
- Kisar halus.
- Rebus hingga mendidih.
- Kemudian tapis dan biarkan suam sebelum diminum.
Semoga perkongsian ini dapat memberi kesan yang positif kepada semua. Selamat mencuba!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Akak Pesan.
Sumber: Petua Ibu
Leave a Reply