Ciri Wanita Tidak Mencium Bau Syurga

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Ciri Wanita Tidak Mencium Bau Syurga

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Kecantikan dan kemanisan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya atau pada kemanjaannya, tetapi ianya terletak pada akhlak dan budi pekertinya. Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, bukan dan tidak sama sekali tetapi daya tarikannya terletak pada iman dan takwanya kepada Allah S.W.T.

Ada tiga gaya penampilan atau mode wanita muslimah yang diancam tidak akan mencium bau syurga.

Berikut keterangan dari Imam Nawawi dalam Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim .

1. Wanita yang berpakaian tetapi telvnjang

Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.

  • Wanita yang mendapat nikmat Allah, namun enggan bersyukur kepada Nya.
  • Wanita yang menutup sebahagian tvbuhnya dan menyingkap sebahagian lain.
  • Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan bentuk tvbuhnya.

2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat.

Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini ..

  • Maa-ilaat yang dimaksudkan adalah tidak taat pada Allah dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksudkan adalah mengajar yang lain untuk berbuat sesuatu yang terc3la.
  • Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua pvnggung atau bahunya.
  • Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.

3. Wanita yang kepalanya seperti bonggol vnta

Maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban.

Keterangan lebih lanjut: Lihat Syarh kitab Shahih Muslim, terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).

Masya Allah, Semoga Allah sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang Allah redhai. Wanita marilah berjalan dengan tuntunan Al-Quran dan yang lelaki hendaknya menasihati apabila ada yang jauh dari norma Al-Quran. Aamiin

Ya Allah …

  • Muliakanlah orang yang membaca status ini
  • Gerak kakinya untuk melangkah ke masjid
  • Lapangkanlah hatinya
  • Bahagiakanlah keluarganya
  • Luaskan rezekinya seluas lautan
  • Mudahkan segala urusannya
  • Kabulkan cita-citanya
  • Jauhkan dari segala Musibah
  • Jauhkan dari segala Penyvkit, Fitnah, Prasangka K3ji, Berkata Kasar dan Mungkar.
  • Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan berkongsi status ini.

Aamiin ya Rabbal’alamin

Oleh itu berhati-hatilah didalam menjalani kehidupan ini, hiasilah akhlak kalian dengan sembilan perkara seperti yang dinyatakan di atas. Jangan kecundang dengan tipu daya dunia. Sekiranya kalian kekal dengan status wanita solehah insya Allah pasti kalian akan mendapat kebahagiaan di dunia dan mendapat kemuliaan di hari akhirat. akak pesan.

Jika anda suka artikel ini sila komen, like dan share.

Terima kasih baca di akak pesan.

Sumber: Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*