Amalan Zikir Penyelamat Dibaca Selepas Subuh InshaAllah Mendapat Keampunan

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Amalan Zikir Penyelamat Dibaca Selepas Subuh InshaAllah Mendapat Keampunan

Setiap kali selesai menunaikan solat, tunggu seketika. Jika tiada urusan penting, luangkan sedikit masa untuk berzikir kerana amalan itu bakal menyelamatkan kita daripada api neraka. Doanya cukup pendek, ringkas dan mudah dihafal. Sesiapa saja mampu membacanya dengan lancar.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad (34/207, hadis no. 20602):

عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ الْمُخَارِقِ، قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لِي: ” يَا قَبِيصَةُ مَا جَاءَ بِكَ؟ “، قُلْتُ: كَبِرَتْ سِنِّي، وَرَقَّ عَظْمِي، فَأَتَيْتُكَ لِتُعَلِّمَنِي مَا يَنْفَعُنِي اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ، قَالَ: ” يَا قَبِيصَةُ، مَا مَرَرْتَ بِحَجَرٍ، وَلَا شَجَرٍ، وَلَا مَدَرٍ، إِلَّا اسْتَغْفَرَ لَكَ، يَا قَبِيصَةُ، إِذَا صَلَّيْتَ الْفَجْرَ، فَقُلْ : سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ، تُعَافَى مِنَ الْعَمَى، وَالْجُذَامِ، وَالْفَالِجِ، يَا قَبِيصَةُ، قُلْ: اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِمَّا عِنْدَكَ، وَأَفِضْ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ، مِنْ بَرَكَاتِكَ

Daripada dari Qabishah bin al-Mukhariq, beliau berkata:

“Aku datang menemui Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda bertanya kepadaku: “Wahai Qobishah, apa yang membuatkan kamu datang kesini?”

Aku menjawab; “Usiaku semakin tua dan tulang-tulangku mulai rvpuh. Maka aku datang kepadamu supaya engkau mengajariku sesuatu yang Allah beri manfaat bagiku dengannya.”

Baginda lalu bersabda: “Wahai Qabishah, tidaklah kamu melalui batuan, pohonan dan kota-kota melainkan ia akan memohonkan keampunan bagimu.

Wahai Qabishah, apabila kamu (selesai) mengerjakan solat Subuh, maka bacalah tiga kali:

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

“Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya.”

Nescaya kamu akan terhindar dari kebu taan, penya kit kvsta dan lum puh.

Wahai Qabishah bacalah:

اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِمَّا عِنْدَكَ، وَأَفِضْ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ، مِنْ بَرَكَاتِكَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu apa yang ada di sisi-Mu, berikanlah kurniaan-Mu kepadaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan turunkanlah keberkatan-Mu kepadaku.”

Sanad hadis ini daif disebabkan kesamaran perawi yang meriwayatkan daripada Qabishah bin al-Mukhariq. Hanya disebutkan sebagai ‘seorang lelaki daripada ahli Basrah’.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar: “Jika tidak kerana perawi mubham (samar) tersebut, nescaya sanadnya akan jadi hasan.”

Diharap perkongsian tentang zikir di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Semoga anda beroleh manfaat dari sini. Sama-sama kita amalkan.

Jika anda suka artikel ini sila komen, like dan share.

Terima kasih baca di akak pesan.

Sumber: bicaramingguan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*