Wajah Berseri Dan Muda Dengan Amalan Zikir

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Wajah Berseri Dan Muda Dengan Amalan Zikir

Wajah yang kelihatan awet muda sememangnya menjadi impian ramai orang. Kecantikan bukan hanya boleh dipelihara melalui teknologi kecantikan sahaja. Melalui amalan harian yang dianjurkan oleh Islam juga, kita mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda.

Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

Cara 1:

  • Dilakukan selepas solat Isyak
  • ambil air segelas
  • baca al-Fatihah sekali
  • Ayatul Qursi sekali
  • Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:

  • Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Melalui amalan-amalan ini In Shaa Allah, aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan sahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman. Hati yang bersih dan ikhlas akan memancarkan seri wajah seseorang secara semula jadi. akak pesan

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

Terima kasih baca di akak pesan.

Sumber: nasihatustazz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*