Tips Tanggalkan Lilin Pada Buah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Tips Tanggalkan Lilin Pada Buah

Mungkin ada di antara kita yang basuh lalu terus makan buah tersebut. Contohnya epal dan anggur. Tolong basuh dahulu lepas ini sebelum makan. Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut.

Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Bahan-bahan:

  • Anggur
  • Tepung gandum secukupnya

Cara-cara:

  • Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
  • Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
  • Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.

Mudahkan jom lepas ni kalau beli boleh buat macam ni jangan terus basuh makan je tau.

Jika anda dapat manfaat di sini sila komen, like dan share.

Terima kasih kerana sudi baca.

Sumber: Azleen Azlinda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*