Manfaat Untuk Wanita Yang Ada Pada Buah Betik
Ramai yang tahu rupa buah betik. Ada yang suka makan ada juga yang kurang makan. Namun tahukah anda buah betik banyak manfaatnya. Jadi ketahui kelebihan yang ada padanya. Jom kita baca sama2 kebaikkan dan khasiat yang ada pada buah betik ni..
Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita svkit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tvbuh kita. Pendek kata, betik adalah tonik ideal serta murah jika kita ingin mengekalkan kesihatan jantung, hati, otak, saraf dan dvrah kita.
1) Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hvmil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana skit.
2) Ubat bagi sembelit dan bawasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berd4rah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membvnuh kuman.
3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
Sekian sahaja yang akak pesan dapat kongsikan, lepas ni sama2 kita makan betik banyak2 ye.. Hehehe..
Jika anda suka artikel kali ini sila komen, like serta share kepada yang lain ye.
Terima kasih sudi baca di akak pesan
sumber darahatiku
Leave a Reply