Hidup Menjadi Lapang Dengan Amalan Doa Nabi Yunus

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Hidup Menjadi Lapang Dengan Amalan Doa Nabi Yunus

Pernahkan anda merasakan hari anda seolah-olah macam tidak kena? Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup.

Kita juga selalu mudah untuk rasa terlvka dan berkecil hati dengan orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti kita tidak difahami dan merasa sentiasa bernasib malang. Di sini akak pesan kongsi sedikit pengetahuan berkaitan doa Nabi Yunus.

1. Zikir atau doa Nabi Yunus

Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita:

.Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah segala kesvlitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.

Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.

Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT. Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

2. Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar dari masalah atau kesvlitan hidup

  • Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.
  • Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi ny4wa.
  • Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.
  • Jangan kedekut nak belanja orang makan.
  • Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kec3masan. Jangan belanja semua.
  • Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita.
  • Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
  • Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.

Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari kesvlitan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang. Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa menc4mpakkan ke dalam hati kita.

Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.

Semoga bermanfaat buat semua.

Jika anda suka artikel ini boleh kongsi pada sahabat yang lain dan like akak pesan.

sumber: bicaramingguan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*