Tips Tok Guru Buat Anda Yang Susah Untuk Tahajjud

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Tips Tok Guru Buat Anda Yang Susah Untuk Tahajjud

Saya kira masih ramai antara kita yang tahu mengenai kelebihan solat Tahajjud tapi masih ‘bercinta’ dengan gebar selesa di dini hari yang sepi. Susah betul mahu bangun pagi-pagi bvta itu, bukan? Tahu dan mahu tapi belum mampu berpisah dengan tilam dan selimut. Apatah lagi saat orang lain lena dibuai mimpi. Sayang betul mahu k0rbankan waktu tidur itu, iya tak?

Alangkah Subuh ditangguh-tangguh, inikan pula mahu bangun Tahajjud.

Saya ingin berkongsi secangkir nasihat dari tokoh ulama bertaraf wali, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (lebih mesra dipanggil Tok Guru) mengenai solat Tahajjud.

Dalam satu kuliah Jumaatnya seperti biasa. Dalam Dewan Zulkifli itu saya menadah hati untuk dicurahkan permata hikmah. Waktu itu saya masih di sekolah menengah.

Tok Guru berkata, “Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Maksud pada ayat

bismillaaHir rahmaanir rahiim
(“Dengan menyebut Nama Allah Yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang”)

1. Hai orang yang berselimut (Muhammad)

2. bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)

3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.

4. atau lebih dari seperdua itu. dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.

5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu Perkataan yang berat.

6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.

7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).

8. sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.

9. (Dia-lah) Tuhan masyrik dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Maka ambillah Dia sebagai Pelindung.” (al-Muzzammil: 1-9)

Selepas saya mengetahui hal itu, saya berusaha mengamalkan apa yang Tok Guru pesan. Rasa malu pada Allah bila terjaga pagi-pagi buta, Allah sedang tunggu permintaan kita untuk dikabulkan tapi kita menyombongkan diri dengan memejam rapat mata kita.

Begitulah saya lakukan bertahun-tahun sepanjang sekolah menengah itu. Jarang-jarang sekali, saya bangun untuk solat. Maklumlah, ruang bilik air di rumah orang tua saya ialah telaga yang beratapkan langit. Walaupun berdinding simen dan bersambung dengan dapur, saya jenis penakut. Kalau terdesak pun, saya akan kejutkan sesiapa untuk temankan. Nasib baik adik beradik ramai.

Macam-macam jugalah yang saya minta tapi pendek-pendek sahaja. Paling kurang, saya mohon ampun dan minta Allah sedarkan lagi saya malam berikutnya. Saya bimbang kehilangan anugerah agung itu. Anugerah yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad sebelum terfardunya solat 5 waktu.

Suweileh, Amman, Jordan

Tahun pertama di Jordan, saya masih liat bangun Tahajjud walaupun bab solat fardu, saya segera menunaikannya sebaik masuk waktu kecuali ada rukhsah syar’ie. Pesanan Hassan al-Banna itu dapat pula saya lunasi, alhamdulillah. Saya istiqamah dengan nasihat Tok Guru sebelum ini. Doa sahaja dalam selimut. Apalah pandangan Allah pada saya…!

Takdir Allah, seorang teman serumah yang baru saya kenali dan tinggal sebilik pula suka bangun Tahajjud. Bukan sekali sekala, tetapi setiap malam kecuali datang bulan. Saya tahulah dia bangun Tahajjud setiap malam sebab saya pun terjaga setiap malam juga, alhamdulillah. Masa-masa tertentu ada juga yang tidak sedar. Teman saya itulah yang kejutkan saya agar bangun Tahajjud.

Dalam diam saya kagumi dia tapi opss, teman saya itu sedar hanya dia yang bangun malam. 3 orang lagi rakan serumah membvta sahaja kerjanya. Jarang-jarang gagahkan diri untuk Tahajjud. Dia paling muda di antara kami berempat. Suatu hari, dia membebel pada kami menyebut tentang kepentingan Tahajjud.

Hmm, patutlah dia kelihatan biasa sahaja dengan Tahajjud, rupa-rupanya ahli keluarganya dilatih sejak kecil untuk bertahajjud. Bapanya salah seorang ulama di Perak (sekarang Allahyarham). Banyak didikan yang baik dari keluarganya dikongsikan dengan kami.

Sejak kena bebel itulah, saya mula rajin bangun malam. Itu pun banyak juga ’last minute’- menunggu saat azan Subuh dikumandangkan. Apa pun, syukur kepada Allah yang mengurniakan teman yang baik dan ikhlas. Khasiat Tahajjud ini memang besar.

Kita sambung lain kali pula ya berkenaan khasiat Tahajjud. Buku-buku pun ada yang cerita tentang Tahajjud dan kelebihannya. Bolehlah baca.

Akhir kata, memang benar apa yang Tok Guru pesan sebelum ini. Hargailah waktu sedar di tengah malam dengan memohon kepada Allah walau sedikit. Insya Allah, lama kelamaan, kita akan ada kekuatan untuk menunaikan Tahajjud. Al Fatihah

Semoga perkongsian ini beroleh manfaat buat kita semua. Semoga di jadikan tauladan yang baik buat diri masing-masing.

Jika anda suka artikel ini sila komen, like dan share.

Terima kasih baca di akak pesan

Sumber : Ummu Abbas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*