Manfaat Mengambil Lemon Di Waktu Pagi Khas Buat Wanita

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Manfaat Mengambil Lemon Di Waktu Pagi Khas Buat Wanita

Wanita di luar sana berapa ramai yang mengambil lemon di waktu pagi. Tahukah anda betapa banyaknya manfaat yang ada pada lemon ini. Adakah anda sekadar ikut-ikut sahaja kawan-kawan yang kongsikan di sosial media menyebabkan anda percaya air lemon ni penuh kebaikan?

Awal-awal dulu, saya pun sebegitu. Saya ingat air lemon ini hanya sekadar air yang sesuai yang diminum setiap pagi. Jadinya saya amalkan secara konsisten pagi, dan kekadang sebelum tidur.

Baru saya sedar selepas saya lihat sendiri kesannya kepada diri saya, rupa-rupanya air lemon jika diminum setiap pagi sangat bagus untuk kesihatan. Mari saya kongsikan dibawah.

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi Untuk Kesihatan

1. Membantu menguruskan badan secara semula jadi

Minum air lemon setiap pagi sangat membantu tvbuh membakar lemak dengan lebih efisyen berdasarkan kajian yang sudah terbukti. Ini berlaku disebabkan oleh 0rgan hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar. Apabila proses ini lancar, anda akan mengalami pengurusan berat badan dengan pantas.

2. Meningkatkan hidrasi dan memberikan tenaga

Jika anda jenis yang kurang minum air atau tidak boleh minum air dengan kuantiti yang banyak setiap hari atas saranan doktor, pengambilan air lemon walaupun dengan kadar sedikit mampu membantu tvbuh anda kekal terhidrat sepanjang hari. Secara tidak langsung, badan anda juga akan rasa lebih bertenaga.

3. Membantu proses penyingkiran toksin (detoksifikasi)

Ini antara kebaikan yang menjadi kegemaran ramai orang. Air lemon merupakan diuretik semulajadi, yang mana membantu tvbuh menyingkirkan cecair dan t0ksin bersama. 4sid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggan serta penghasilan enzim untuk detoks pada 0rgan hati.

0rgan hati yang diketahui umum merupakan salah satu 0rgan utama dalam proses membuang t0ksin daripada tubuh manusia. Oleh itu, apabila t0ksin dapat disingkirkan, nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap.

4. Mencantikkan kulit

Kandungan vitamin C pada lemon sangat memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat, dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Selain itu, vitamin C juga diperlukan untuk penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan keremajaan kulit.

5. Membantu penghadaman dan mudah lawas

Air suam bersama lemon sudah terbukti membantu merngsang saluran penghadaman atau lebih dikenali secara santifiknya dengan merngsang pengerakan usus (bowel movement). Menurut kajian lagi, lemon dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan 0rgan hati.

6. Menyokong sistem imun

Sistem imum yang lemah akan mengakibatkan pelbagai penyakit yang tidak diingini. Oleh itu, kandungan vitamin C tinggi yang terdapat di dalam setiap buah lemon membantu meningkatkan sistem imun setiap badan manusia untuk kekal sihat.

7. Mengalkalikan tubuh

Tubuh manusia setiap hari boleh menjadi terlampau ber4sid apabila pemakanan tidak dijaga dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Apabila badan ber4sid, selain daripada mengganggu pelbagai fungsi yang baik dalam badan, tubuh kita juga sebenarnya sudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan sel-sel kns3r juga lebih mudah tercetus. Hati hati.

Lemon yang kita semua tahu bersifat asid dan mampu membantu mengalkalikan tubuh dan d4rah kita apabila diambil setiap pagi. Ini sangat-sangat membantu anda untuk memastikan keseimbangan pH sentiasa terpelihara, terutamanya jika anda gemar makan makanan seperti daging, keju, dll.

Apa pandangan anda pula? Adakah dengan minum air lemon setiap pagi bagus untuk kekal sihat?

Jika anda suka artikel ini sila komen, like dan share.

Terima kasih baca di akak pesan

Sumber: Majalah iSihat edisi September 2014

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*