Waktu Dan Cara Solat Sunat Taubat Dengan Betul Hati Menjadi Tenang

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Waktu Dan Cara Solat Sunat Taubat Dengan Betul Hati Menjadi Tenang

Lumrah bagi seseorang pernah melakukan kesilapan demi kesilapan. Namun kita di ajurkan untuk solat taubat agar kembali kepada pencipta. Solat taubat dengan betul hati kita dapt menjadi lebih tenang. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok. Tak nak lagi buat d0sa-d0sa lama. Haa.. tu In Sha Allah tanda taubat Allah dah terima.

Waktu Sesuai Solat Taubat

Waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa kecuali waktu yang diha ramkan solat. Walau bagaimana pun, solat ini lebih afdhal dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)

Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.

Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.

Bagaimana Cara Solat Taubat?

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat taubat nasuha.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

1. Niat Solat Sunat Taubat:

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

  • Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
  • Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
  • atau surah-surah yg biasa hafal.

3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali.

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang za lim.

4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:

Maksudnya: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

5. Baca Doa Taubat:

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku telah menza limi diriku sendiri dengan keza liman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni d0sa-d0saku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Jika anda suka artikel ini sila komen dan share.

Terima kasih dan jangan lupa follow akak pesan

Kredit: majalah harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*