Khasiat Minum Herba Belalai Gajah Buat Para Suami
Pasti ramai yang kurang amalkan daun yang berunsurkan herba ini. Kali ini akak pesan kongsi satu herba. Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kan ser.
Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti ini merupakan langkah alternatif yang baik.- sumber Rencana Kesihatan Utusan Online.
Menyedari khasiat yang terkandung di dalam herba belalai gajah ini memberi keyakinan buat puan Rodziah untuk mengamalkan minuman herba ini bersama suami untuk tujuan kesihatan.
Ikuti perkongsian melalui postingnya di facebook Rodziah Md Yusof Via MAHN.
“Saya nk share jus epal + daun belalai gajah.. buat tuk suami yg selalu mengadu keletihan dan ada darah tinggi. Semoga menjdi asbab kesembuhan, sesuai juga untuk darah tinggi dan kencing manis. Cuba laa.. kita hanya berusaha.. setiap penyakit ada ubat.. In shaa Allah..”-Rodziah
Bahan-bahan:
- Epal hijau
- Daun belalai gajah
- Air
Cara Buat :
1. Masukkan epal hijau yang telah dipotong bersama daun belalai gajah dan air ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar hingga halus dan tapiskan jus tersebut.
3. Sedia untuk diminum.
Selamat mencuba semoga berhasil ya kawan-kawan. Terima kasih.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
Kredit: PetuaIbu
sumber :Rodziah Md Yusof
Leave a Reply