Teknik Mudah Untuk Hilangkan Kerak Belakang Kuali
Pada awal beli kuali nampak elok bersih. Namun setelah lama digunakan semakin menjadi hitam dan berkerak. Permukaannya memang bersih tapi belakang kuali selalunya hitam dan berkerak. Kalau kita tengok sendiri rasa nak je hilangkan tapi tak tahu cara.
Kalau dah sampai tahap macam ni, memang payah la nak hilang.
Sebelum kerak hitam tu makin tebal baiklah kita praktik cara yang dikongsi Lynn Norhaslinda. Memang berkesan belakang kuali hitam berkerak boleh licin dan berkilat macam kuali baru.
Sebelum
Caranya cuma guna steel wire brush yang boleh dibeli di kedai hardware, Mr Diy dan sebagainya. Sambung steel wire brush pada drill.
Pastikan pakai google/ cermin mata sebagai langkah keselamatan. Untuk bersihkan dua biji kuali sampai jadi berkilat macam tu cuma ambil masa sejam saja.
Hasilnya
Puas hati kan. Selamat mencuba!
Jika anda suka artikel ini sila komen, kongsi dan like akak pesan.
Sumber: Lynn Norhaslinda
Leave a Reply