Rupanya Ada Maksud Pada Setiap Jumlah Bunga Ros, Netizen Bimbang Dapat 17 Kuntum
Menerusi laman Twitter, seorang gadis telah berkongsikan makna sebenar disebalik setiap tangkai ros yang diberikan kepada seseorang
Dalam tweet yang dikongsikannya, Mira Shafiee telah memuat naik gambar senarai makna bagi setiap tangkai ros. Senarai tersebut sebenarnya diambil daripada sebuah kedai bunga yang terletak di Pasir Gudang, Johor.
Walau bagaimanapun, boleh jadi senarai makna bagi bunga ros ini adalah antara marketing strategy bagi sesebuah kedai bunga. Malahan, Mira juga mengakui dia berkongsikan perkara ini hanyalah sekadar suka-suka.
Namun begitu, tinjauan di ruangan reply perkongsian tersebut, ternyata rata-rata netizen tidak melepaskan peluang meninggalkan komen mereka perihal perkara ini
Mereka mula berseloroh berkenaannya. Siap ada yang bagi hint pada pasangan masing-masing inginkan jumlah tertentu bunga ros. Bukan itu sahaja, ada juga yang komen akan mula mengira bunga ros jikalau menerimanya.
Terdapat beberapa netizen yang mula berangan mendapat 108 kuntum bunga ros. Manakan tidak, siapa yang tak excited dilamar dengan sebegitu banyak bunga?!
Lawaknya, rata-rata risau dan takut akan mendapat 13 serta 17 kuntum bunga ros daripada ‘crush; ataupun kekasih. Baru nak gembira dapat 13 kuntum bunga ros, tengok-tengok kena ‘friendzone’.
Yang dapat 17 kuntum bunga pula lagilah sendu. Kesian kena tinggal terus!
Jika anda suka artikel ini sila komen dan share.
Terima kasih sudi singgah baca di akak pesan.
Sumber: Mira Shafiee
Leave a Reply