Amalan Doa Selepas Solat Fardhu Untuk Ketajaman Penglihatan Oleh Ustaz Amin

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Untuk mengetahui seseorang itu rabun ataupun tidak, ujian mata perlu dilakukan. Senang je, baca huruf dari satu jarak yang telah ditentukan, kemudian orang tersebut perlu membaca setiap huruf yang tertulis di papan ujian tersebut dan hurufnya semakin lama semakin kecil. Kalau orang yang diuji tu tersalah sebut huruf yang ditunjuk, maka kita boleh tahu yang orang itu rabun di tahap mana.

Sesungguhnya antara keajaiban Al-Quran itu adalah sebagai penyembuh. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-Isra’:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٞ وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارٗا

“Dan Kami turunkan dari al-Qur`an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Al-Isra`: 82)

Ustaz Amin dalam ceramahnya telah berkongsi suatu amalan doa yang telah diperoleh ketika beliau menziarahi ulama’ di Mekah. Syaratnya doa ini perlulah diamalkan setiap kali selepas solat Fardhu.

1. Tangan dikepalkan (seperti yang ditunjukkan dalam video ceramah diatas)

2. Membaca selawat (3 kali)

3. Membaca “La ilaha illa Allah, Nurul ‘Ain, Muhammadurrasulullah, Qurratul ‘ain (3 kali)

“لا إله إلا الله ، نورُ العين محمدُ رسولُ الله قُرَةٌ العين”

4. Membaca Ayat 22 dari Surah Qaf (bermula dari kalimah فَكَشَفْنَا)

(3 kali)

“فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ”

Maksud: “…Maka Kami singkapkan tutup (yang menutupi) matamu, sehingga penglihatanmu pada hari ini sangat tajam”

Sebagai manusia, kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Jika Dia mengizinkan, pasti akan diberi kesembuhan. In Sha Allah.

Jika anda suka artikel ini sila komen, like dan share

Terima kasih sudi baca di akak pesan

Sumber: Ustaz Amin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*