Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Bawang Putih

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bagi anda yang masih belum tahu apa kegunaan bawang putih untuk bayam brazil, jom kita fahami apa yang akak pesan post kali ini. Bukan semua orang tahu tips ini.

Kehadiran serangga perosak yang menyrang tanaman yang baru seminggu dua ditanam di laman rumah, tentunya membuatkan kita berasa runsing.

Apa tidaknya, hasrat dihati biarlah tanaman yang ditanam dapat hidup subur dan dituai hasilnya untuk dinikmati seisi keluarga.

Jadi, apa kata kita baca perkongsian cara yang boleh kita buat untuk menyelamatkan tanaman daripada serangga perosak dengan kaedah lebih selamat tanpa perlu menggunakan racun.

Ini perkongsiannya, semoga bermanfaat.

Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk jer bawang putih seulas-seeulas @ satu labu bawang putih pun boleh.

Kadang saya beli yang dah siap kopek tu jer, terus cucuk kat pokok.. macam saya buat tu, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu, pokok cili awal-awal pun saya buat camni.

Boleh juga buat camni kat pokok-pokok yang lain.

Saya dapat video sharing ni dari youtube.

Dulu saya blender bawang putih & spray tapi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video tu, tu je saya buat.

Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak.

Siput pun tak suka kot bau ni, sebab takde dah siput halus-halus & besar dah.

Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih nih!

Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya..

Semoga bermanfaat ilmu ni dari saya.

Jika anda sukakan artikel ini sila like dan share semoga bermanfaat buat kita semua

sumber : Suzurina Binti Muda 














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*